Tuesday, April 16, 2013

Imam Ibnu Taimiyah

Ahmad Ibnu Taimiyah (1263 – 1328) dilahirkan di Harran Turki. Beliau bermazhab Hanbali dan merupakan seorang ilmuan bidang Feqh, Hadith, Ilmu Usul serta Ilmu Nahwu. Beliau terkenal dengan pendiriannya yang tetap berpijak pada hukum Allah, mengikuti segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.

Akibat pencerobohan tentera Monggol, Ibnu Taimiyah dan keluarganya telah berpindah ke Damsyik, Syria ketika berumur 7 tahun. Sejak kecil beliau dibesarkan di kalangan para ulama dan menginfakkan seluruh waktunya untuk belajar serta menggali ilmu terutama Kitabullah dan Sunnah Rasul. Beliau telah terlibat dalam perang antara Monggol-Syria dan beroleh kemenangan.

Ibnu Taimiyah telah dipenjarakan sebanyak 4 kali. Setelah dibebaskan daripada tahanan yang pertama, Ibnu Taimiyah berpindah ke Cairo namun dipenjarakan oleh Sultan Baibar Al-Jaishankir dan diasingkan di Alexendria kerana mengkritik pandangan ulama’ konservatif. Ibnu Taimiyah sering mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan pandangan ulama’ konservatif dan pemerintah kerana beliau sangat berpegang teguh pada Quran dan Sunnah. 


Ibnu Taimiyah mengatakan : “TIADA KETAATAN MUTLAK MELAINKAN PADA ALLAH DAN RASUL”. Pemimpin wajib ditegur atau dihukum jika terbukti mereka bersalah. Ibnu Taimiyah wafat ketika dalam tahanan penjara pada tahun 1328 di Damsyik. Di dalam penjara, banyak penghuninya yang menjadi murid beliau. Mereka dididik dengan ketaatan mutlak pada syari`at Allah, solat tahajud, beristighfar, tasbih, berdoa dan melakukan amalan-amalan shahih.

Begitu juga yang berlaku di Malaysia hari ini. Pemimpin kerajaan dan sultan sering menggunakan penjara sebagai hukuman terhadap penentang mereka. Jika ada rakyat yang suarakan kebenaran menentang polisi mereka,maka digunakan segala akta untuk menyekat kebebasan rakyat. Ramai yang menjadi mangsa kezaliman pemerintah dan sultan hanya kerana menegakkan kebenaran dan memperjuangkan hak rakyat.


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=162330880599444&set=a.118767408289125.25680.100004675984805&type=1&theater

No comments: