Tuesday, April 16, 2013

Imam Ahmad Ibnu Hanbal


Imam Ahmad Ibnu Hanbal (780 - 855 masihi) pengasas mazhab HANBALI dan merupakan anak murid Imam Syafie. Beliau adalah Mujaddid yang soleh dan zuhud berasal dari keluarga miskin. Menghafal quran pada umur 14 tahun dan bermusafir ke Makkah, Madinah, Syam, Yaman, Basrah dan negara-negara lain untuk mengumpulkan hadis-hadis nabi kerana minatnya yang mendalam terhadap ilmu tersebut. Beliau amat berhati-hati memilih hadis-hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram, sama ada dari segi isi atau sanadnya.

Beliau menjadi mangsa kezaliman Khalifah al-Ma'mun ibn Harun ar-Rashid yang dipengaruhi oleh fahaman Mu'tazilah (mempercayai Al Quran adalah makhluk). Khalifah memaksa setiap ulamak, Imam, qadi dan fuqaha menyetujui pendapat Mu'tazilah. Imam Ahmad enggan dan tetap dengan aqidah tauhid. Akibatnya beliau dipenjara selama beberapa tahun KERANA MEMPERTAHANKAN YANG HAK ITU BENAR DAN YANG BATIL ITU SALAH. Beliau diseksa dan dipaksa setuju dengan fahaman Mu’tazilah.

Setelah khalifah Al Ma'mun mati dan diganti dgn khalifah Al Mu'tasim. Imam Ahmad masih tetap dengan pendirian beliau sehingga membuatkan Khalifah Mu'tasim didesak oleh rakyat dan seterusnya membebaskan Imam Ahmad. Ketika Khalifah Al-Mutawakkil mengambil kuasa, dasar kerajaan berubah. Imam Ahmad dijemput mengajar di istana. Namun Imam Ahmad enggan kerana beliau tidak mahu mendekati juak juak istana yang berkepentingan. Imam Ahmad tidak suka dengan sikap khalifah dan golongan pemerintah yang riak, takbur, diktator dan menjual agama untuk kepentingan dunia.

Sekarang ini mufti dan ulamak tidak mampu nasihati sultan. Kerana ramai mufti dan ulamak adalah PENJUAL AGAMA !!
 

Rujuk: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=161318107367388&set=a.118767408289125.25680.100004675984805&type=1&theater

No comments: