Tuesday, January 13, 2009

Bedilan Zionis & Mana Doa Kita?

Negara haram Israel yang menjajah Palestin terbukti tidak jemu-jemu selama 60 tahun menzalimi, menyeksa dan membedil umat Palestin, saudara kita seagama.
Sewajarnya kita pun tidak jemu-jemu mendoakan kesejahteraan umat Palestin.
Teruskan berdoa supaya Allah sejahterakan umat dan menangkan perjuangan mujahidin.

Thursday, January 08, 2009

Kita Yang Bersalah Bila Anak Gadis Mabuk Dengan Perzinaan

oleh Pak Teh Majid

Terkejut saya membaca laporan berita tentang ramainya remaja perempuan Islam yang terjerumus dalam lembah perzinaan sejak usia masih mentah lagi. Segera saya sedar bahawa perlu tindakan segera bagi mengatasi konflik sosial yang makin membarah ini.

Bayangkan, anak-anak remaja perempuan yang masih bersekolah, berumur di bawah 15 tahun tetapi saban hari mengadakan persetubuhan haram, dan berbangga dengan maksiat yang mereka lakukan, masya-Allah. Malah, rakan-rakan sebaya yang tidak pernah berzina akan dikutuk, atau paling kurang diperli, kerana kononnya tidak mengikuti peredaran zaman.

Perkembangan buruk ini adalah mala petaka di atas kelalaian kita sebagai umat yang sepatutnya dibangga oleh Nabi Muhammad kerana berperanan bagi menyeru kebenaran dan mencegah maksiat. Lebih teruk, umat Islam yang sedar tentang tugas dan tanggungjawab pun makin melupai peranan unggul sebagai jurudakwah.

Saya mohon keampunan kepada Allah kerana turut alpa dan lalai dengan peranan mulia warisan para Nabi ini. Kita semakin hidup sendiri-sendiri, hanya menjaga diri, keluarga dan kelompok sempit. Dunia yang makin terlungkup seperti tidak dipedulikan.

Anak-anak muda yang kehilangan arah itu menjadi tanggungjawab kita bagi memandu mereka ke arah jalan yang lurus dan selamat.

Dengan duduk berdiam diri, sekadar menggeleng kepala tanda tidak berpuas hati atau membantah lingkungan mungkar, ia tidak akan membawa kita ke mana-mana, sebaliknya kian terperosok dengan fenomena kemaksiatan melampau itu. Moga Allah tidak menurunkan bala atas semua umat disebabkan kelalaian kita BERDAKWAH.

http://kedahlanie.blogspot.com/

Komen: Jom Bersama Berdakwah Menyelamatkan Manusia Dari Siksa Akhirat.

Wednesday, October 29, 2008

Poligami: Pendirian Kita

Memang kita beriman dengan hadith menyebut "mereka yang terbaik ialah yang panjang umurnya dan banyak amalnya...". Tapi jangan sampai menidakkan amalan poligami Nabi s.a.w. dan Sahabat2 besar r.anhum. Kita tentu menerima poligami itu amalan yang mencakup kedua-dua aspek iaitu amalan zahir dan amalan batin/ruhi.

Back to basic: Islam mesti di terima secara seluruhnya/kebulatan/kaffah.

Samada sudah berpoligami atau belum lagi berpoligami adalah perkara lain. Jangan sampai memandang rendah kepada pengamal poligami. Jangan sampai tidak boleh terima dalam hati @ hate it @ tak berapa selesa @ geli geleman...

Pelik juga, bila seseorang itu mencintai (hati) dan memperjuangkan everything yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. kecuali poligami. Padahal itulah cara hidup (atau kita sebut Sunnah) Nabi s.a.w. yang tak dapat kita tolak.

Jangan bimbang kerana Islam bukan milik kita tapi hak mutlak Allah. Kita hanya beriman & laksanakan (amal) semampu mungkin.

Kita sepatutnya berpegang tegas: Apa pun kita kena terima bahawa poligami adalah Sunnah Rasulullah s.a.w., dan di amalkan dengan jayanya oleh kebanyakan sahabat-sahabatnya r.anhum.

Teringat kata-kata Prof Syed Naquib Al-Attas once: Orang yang menentang poligami adalah orang biadap terhadap Allah.

Masyarakat kita mungkin penuh dengan cerita-cerita negatif rumahtangga poligami menyebabkan kita persepsi jadi begini. Apakah warna sebenar kita? Semua masalah boleh di atasi dengan balik kepada mengamalkan agama setepatnya, dengan izin Allah. Kerja kita ialah membantu umat untuk menghayati Islam. Just do it!

Kearah Dunia Adil & Sejahtera

Monday, September 22, 2008

Pemerintah Mesti Sayangkan Rakyat dan Tidak Menipu Rakyat

Dalam bukunya Riadhus Shalihin, Imam Nawawi (631 - 676 Hijrah) telah meletakkan bab Perintah Kepada Pemerintah Supaya Sayang dan Lunak kepada Rakyat dan Larangan Menipu Rakyat atau Mengabaikan Rakyat dan Hajat Keperluan Mereka yang terdiri dari nas berupa ayat-ayat Quran dan Hadith-hadith Nabi untuk kita manfaatkan.

Seterusnya di ambil terus dari buku tersebut:

Maksud Firman Allah: Dan rendahkan sikapmu terhadap pengikutmu dari kaum mukmin (Asy-Syu’a-ra: 215).

Maksud Firman Allah: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat baik dan membantu sanak kerabat, dan mencegah dari kekejian dan mungkar dan aniaya (melampau batas). Alah menasihati kamu supaya kamu ingat (An-Nahl: 90).

1. Ibnu Umar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu sekelian pemimpin dan kamu akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya. Pemimpin akan ditanya dari hal rakyat yang dipimpinnya. Suami akan ditanya hal keluarga yang dipimpinnya. Isteri memelihara rumah tangga suaminya dan akan ditanya hal yang dipimpinnya. Pelayan (pembantu/orang gaji/pekerja) memelihara milik majikannya dan akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan-jawab) dari hal rakyat yang dipimpinnya. (HR Bukhari & Muslim).

2. Abu Ya’la iaitu Ma’qil bin Yasar r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seseorang yang oleh Allah memimpin rakyat , kemudian ketika mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya syurga. (HR Bukhari & Muslim).

Dalam lain riwayat:
Kemudian tidak di awasi dengan nasihat-nasihat yang baik, maka tidak akan mendapat harumnya syurga.

Dalam riwayat Muslim:
Tiada seorang amir (ketua) yang mengawasi urusan kaum muslimin, kemudian tiada bersungguh-sungguh menasihati dan memperhatikan hajat mereka, melainkan tidak akan masuk syurga bersama mereka.


3. ‘A-isyah r.a berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. di rumahku ini: Ya Allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan ummatku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah-lembut pada mereka, maka permudahlah baginya. (HR Muslim).

4. Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Dahulu Bani Israil selalu di pimpin oleh Nabi, tiap mati seorang Nabi digantikan oleh Nabi lainnya, dan sesudah aku ini tidak ada Nabi, dan akan terangkat sepeninggalanku beberapa Khalifah, bahkan akan bertambah banyak. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah pesanmu kepada kami? Jawab Nabi: Tepatilah bai’atmu pada yang pertama, dan berikan kepada mereka haknya, dan mohonlah kepada Allah bahagianmu, maka Allah menanya mereka dari hal apa yang di amanatkan dalam memelihara hambaNya. (HR Bukhari & Muslim).

5. ‘A-idz bin Amru r.a ketika ia masuk kepada Ubaidillah bin Ziyad berkata: Hai anakku saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya sejahat-jahat pemerintah iaitu yang kejam, maka janganlah kau tergolong daripada mereka. (HR Bukhari & Muslim).

6. Abu Maryam iaitu Al-Azdi r.a berkata kepada Muawiyah: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang diserahi oleh Allah mengatur kepentingan kaum muslimin, kemudian ia dari hajat kepentinga mereka, maka Allah akan menolak hajat kepentingan dan keperluannya pada hari kiamat. Maka kemudian Muawiyah mengangkat seorang untuk melayan segala hajat keperluan orang-orang (rakyat). (HR Abu Dawud & Attirmizi).

Komen Ringkas: Jelas bahawa pemimpin wujud kerana kehadiran rakyat. Dalam konteks negara kita, pemimpin nombor satu negara ialah Perdana Menteri. Kemudian di ikuti menteri-menteri. Di negeri pula ada Menteri Besar atau Ketua Menteri dan semua exconya. Apa yang di berikan di dalam kitab muktabar itu mudah di fahami oleh pemimpin dan rakyat. Oleh itu pemimpin mesti prihatin terhadap rakyat, tidak boleh menipu rakyat dan tidak boleh mengabaikan keperluan rakyat.

Pengalaman melihat BN/UMNO mengambil untung melalui politik. Rakyat sudah jelak dengan bermacam janji di taburkan semasa berkempen tapi bila sudah menang pilihan raya dan memerintah sibuk dengan agenda peribadi untuk mengaut kekayaan negara secara tidak sah untuk diri dan keluarga sendiri, kerabat dan kroni serta untuk menjamin penerusan kekuasaannya.

Pepatah Cina menyatakan ikan busuk bermula dari kepalanya. Di lihat dari mana sudut pun nampaknya pepatah ini betul: Pemimpin yang busuk akan memastikan pimpinan di bawah sama-sama busuk. Pemimpin peringkat bawah yang mula hendak busuk akan melantik ketua yang sudah busuk. Pemimpin yang sudah busuk pula akan melantik ketua yang sama busuk atau mula busuk.

Tiba-tiba sekarang di wujudkan pelan peralihan kuasa yang bermakna kepemimpinan negara menjadi hak yg di warisi oleh orang tertentu dan di agihkan atau di faraidkan sesama sendiri. Bayangkan keadaan negara yang di pimpin apabila pemimpin dalam semua peringkat sudah membusuk. Amanah memimpin selamanya di anggap sebagai peluang terbaik untuk membolot dan membuat harta dengan mudah. Rakyat kini sudah celik dan berani berkata tidak kepada pemimpin BN/UMNO. Rakyat yang sudah merdeka.

Sumber: Terjemahan Riadhus Shalihin Oleh Imam Abu Zakaria Yahya bin Sharaf AnNawawi, Alih Bahasa oleh Salim Bahreisy. 1995. Kuala Lumpur: Victory Agencie. ms 490-493.

Friday, August 29, 2008

Merdekakah Aku?

Dulu
Merdeka bermula dari hati
Hatiku merdeka menghalau penjajah
Kini
Apa benar negaraku sudah merdeka?
Apakah benar aku sudah merdeka?
Kerana hatiku terjajah semula
Aku dan penjajah
Rupanya berkongsi hati
Kerana
Selama ini penguasa belot
Alpa dengan isi kita

Akademi Nasyid : Ke Arah Mana?

Sejuk hati bila melihat juri yang bersopan memberikan komen terhadap peserta dan penonton yang juga bersopan. Tapi banyak soalan timbul bila menonton Akademi Nasyid di TV9. Lebih kurang sebulan dulu bila Akademi Nasyid telah menjemput beberapa penyanyi tersohor mempersembahkan nyanyian mereka di hadapan penonton hati kami sekeluarga tertanya kenapa? Kemudian bila hujung-hujung, ramai peserta yang kalah telah di ambil semula. Kami tertanya-tanya. Kemudian peserta-peserta yang akan ke peringkat akhir datang bersama-sama penghibur idola mereka. Malam itu (minggu sudah) peserta-peserta Akademi Nasyid nampaknya seronok kerana bersama penyanyi idola mereka. Kami tertanya-tanya lagi.

Seperti kita tahu, Akademi Bola di wujudkan untuk melatih pemain bola profesional. Tujuan Akademi Badminton pula ialah untuk keluarkan pemain badminton profesional. Sementara Akademi Fantasia (AF) ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang disebut sebagai pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan iaitu menjadi penyanyi profesional.

Secara ringkasnya tujuan Akademi Nasyid untuk menghasilkan penasyid profesional. Pelik tapi benar dan SEDIH apabila KEBANYAKAN pelajar Akademi Nasyid masing-masing mempunyai idola hiburan mereka iaitu PENYANYI bukan penasyid-penasyid seperti yang kita sedia maklum. Setakat ini Radio IKIM membuka ruang luas untuk nasyid berkembang. Kita juga tidak mahu Radio IKIM di penuhi lagu dari PENYANYI idola penasyid-penasyid tadi.

Akademi Nasyid seolah-olah hilang arah dan sudi memberikan ruang untuk PENYANYI padahal mereka ada dunia tersendiri. Kita yang lebih selesa mendengar nasyid yang membentuk kesedaran pun tidak perlukan PENYANYI-PENYANYI untuk mewarnai dunia nasyid untuk mempengaruhi anak muda kita. Bukankah ramai penasyid-penasyid yang terdapat di seluruh dunia yang boleh di jadikan contoh ikutan pelajar (penasyid baru). Eloklah mengambil yang elok dari yang sudah tersedia elok supaya kita menjadi semakin elok.

Walaupun begitu perlu ingat menjadi penasyid bermakna sudah berada di tepi dunia hiburan. Di sebut di tepi kerana dunia hiburan biasanya penuh dengan maksiat. Kalau tak berhati-hati, kita akan terjatuh ke dalam perangkap yang menelan ramai kerana mencari kehebatan dan kegemerlapan dunia tanpa panduan agama. Tanpa latihan pun kita boleh jadi hebat. Inikan pula dilatih hebat oleh sifu yang hebat.

Oleh itu penasyid selama-lamanya perlu rapat dengan agama iaitu mengamalkan agama dengan ikhlas. Ikutilah kelas pengajian agama dan program yang membolehkan diri sayang kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Tanpa agama nasyid sudah tidak ada maknanya. Nasyid yang di dendangkan hanya menjadi halua telinga, tidak menyerap ke dalam hati pendengar kalau penasyidnya hidup bercelaru macam penyanyi. Penasyid mesti menjadi agen perubahan dalam mesyarakat untuk mendekatkan hati pendengar dan peminat kepada mencintai dan memperjuangkan agama dan kebenaran. Maaf cakap, kalau tidak, lebih baik undur kerana hidup kita ini adalah real yang akan di soal di akhirat. Hidup ini BUKAN lakonan.

Thursday, August 21, 2008

Peringatan Untuk Sayang

Kini sayang akan berhijrah @ berkelana @ merantau mencari ilmu sebagai persiapan di hari muka jauh dari ayahanda, ummi dan adik-adik. Di bawah ini adalah sepuluh peringatan asas untuk sayang menempuhi dan menjalani hidup di tempat baru:

1. Ingat Allah di mana saja.
2. Jaga solat berjamaah.
3. Baca satu hari satu hadith idola kita, Rasulullah s.a.w.
4. Sentiasa menolong orang.
5. Sentiasa menolong agama Allah.
6. Baca Quran minimum 1 kali sehari.
7. Jangan main betina. Jodoh kerja Allah.
8. Tidur selewat-lewatnya jam 12.00 tengah malam.
9. Jangan keluar malam kecuali kerana agama.
10. Pilih kawan.

Ingatlah bahawa peluang menjadi pelajar di IPT bukan selalu datang. Janganlah masa pelajarmu di bazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah terutama dari aspek agama kita.

Anggaplah dirimu dalam perlumbaan lari jarak jauh @ marathon Olimpik yang semakin hampir ke garisan penamat. Sayang telah memulakannya sejak di tadika dulu. Berikan segala yang terbaik untuk kejayaan diri di hari muka. Sayang hanya akan berjaya sekiranya sayang memberikan tumpuanmu terhadap pelajaran.

Selama ini ayahanda dan ummi telah berusaha sedapat mungkin menunjukkan asas jalan untuk mendapatkan kebahagiaan dan ketenangan di sini (iaitu dunia yang sementara ini) dan di sana (akhirat yang kekal nanti). Sebagai satu penerusan, silalah mendisiplin diri untuk mengikuti program agama yang bermanfaat secara istiqamah untuk menambahbaik pengetahuan dan amalan sayang terhadap cara hidup kita, Islam, iaitu SATU-SATUNYA agama yang di redhai Allah, Pencipta Alam Semesta. Teruskan usaha membantu ummat. Dimana jua carilah keredaan Allah. Hiasilah diri dengan dengan akhlak Rasulullah s.a.w.

Friday, August 01, 2008

Gosok gigi waktu malam kalau mahu gigi tahan

Seorang kawan rapat baru-baru ini telah bertemu dan berbual dengan seorang pakcik yang berusia 80 tahun. Tapi giginya masih mantap, tiada yang gugur.

Beliau telah menceritakan amalan yang beliau laksanakan selama ini: Amalkan menggosok gigi pada malam hari. Beliau tidak menggosok giginya pada siang hari.

Sampaikanlah kepada generasi akan datang supaya memiliki gigi yang tahan lama.

Monday, June 02, 2008

Budaya Hantaran Pernikahan Yang Menyusahkan Kita

Tajuk asal: Hantaran! Oh Hantaran!
http://an-nawawi.blogspot.com

Biasalah, musim-musim cuti sekolah ni...majlis walimah mana-mana pun ada. Semua berlumba-lumba nak buat majlis nikah-kahwin. Majlis tunang-tunang pun tak ketinggalan, ada yang buat jugak. Semua perancangan disusun rapi.

Sampai masanya, sapa yang tak nak kahwin kan...

Pantun yang disusun turut dialun, saling berbalas wakil kedua belah pihak. Dulang pula berbalas dulang, sirih pinang pun turut bertukar tangan. Tiba masanya, hantaran juga turut diatur dan dirunding.

Mahar dan hantaran tidak boleh disamakan. Mahar lain hal, hantaran pula lain pakej. Biasanya, hantaran dikeluarkan dan disediakan oleh si lelaki yang berhajat mengahwini wanita. Hantaran diatur dan ditetapkan dari pihak pengantin wanita.

Hantaran ni macam harga dagangan lah pulak. Kalau si perempuan tu cantik, berpelajaran tinggi, kaya, maka...mahal lah hantarannya. Ini lumrah kebiasaannya lah bagi masyarakat “Melayu”. Antara hantaran yang biasa diguna-pakai adalah set pengantin siap serba satu, ini termasuklahlah bilik pengantin, set tilam pengantin, set hand phone, baju, kain, naskhah al-Qur’an, dan pelbagai lagi boleh saja dijadikan barang hantaran.

Malah, ada tu kereta besar dan rumah besar pun boleh menjadi syarat sah-nya hantaran. Kalau tak disiapkan dengan keperluan yang diaturkan, maka bertangguhlah hajat si pengantin. Silap-silap boleh tak jadi perkahwinan tu. Maklumlah, mahal tu... Mana mahu korek kawan...

Em, yang paling biasa dijadikan hantaran, adalah duit lah. Money... money... kalau kita lihat majlis-majlis kahwin artis-artis tu, fuuhh! Ribu-ribu, berbelas-belas ribu, atau mungkin berpuluh-puluh ribu si lelaki mesti bayar kepada wanita atau keluarga si wanita tu. Malah bukan berpuluh ribu, ratus ribu pun ada.

Tapi, yang cukup sedihnya... banyak jugak yang fail. Membazir je kahwin mahal-mahal ni. Ia bukanlah syarat jaminan kebahagian sesuatu rumah tangga. Kalau ikut Islam, bukan itu tujuan perkahwinan. Bukan untuk berjual beli dan tawar-menawar. Bukan juga untuk menunjuk-nunjuk sapa grand. Silap-silap tertunjuk lah pulak sapa lingkup dulu. Tak ke sedih macam tu. Adalah lebih baik duit tu buat belanja keperluan yang betul. Belanja harian keluarga yang baru dibina dengan penuh hikmah. Itu lebih menjamin kebahagian sebenarnya.

Malah, dalam sibuk-sibuk bertukar-tukar hantaran dan mengumpul-ngumpul duit hantaran ni. Tahu tak kita, bahawa bab-bab hantaran ni karut marut sebenarnya. Entah datang dari mana agaknya. Kalau ikut Islam, yang ada cuma mahar je. Bukan hantaran. Lepas tu, hantaran mengalahkan mahar lagi tu.

Kasihan kaum lelaki. Susahnya nak kahwin. Padahal dah sama-sama suka. Tapi, masalah duit pulak. Bukan masalah takde duit untuk menampung hidup. Tapi, kena berduit yang lebih untuk nak runtuhkan tembok pemisah tu. Kalau tak, menganga saja lah. Tengok saja dari balik tembok.

Zaman sekarang agaknya zaman berdagang anak perempuan. Sapa-sapa nak menikahkan anak perempuan, masa tu lah masa kegembiraan. Kerana anak perempuan bakal membawa pulangan lumayan. Mungkinkah begitu yang difikirkan? Fikirlah sendiri...

Baiklah, sapa yang nak mengada-ngada ikut yang bukan cara Islam tu, tak dapat nak buat apa lah. Yang diketahui, dalam Islam yang ada cuma mahar je. Telah dijelaskan mahar yang dipersetujui, akad nikah berjalan lancar, pasangan suka sama suka, wali pun dah setuju, semuanya ditanggung beres.

“Permudahkan, jangan dipersulitkan”

Kalau ikut zaman Rasulullah dulu, punyalah senang nak kahwin. Yang penting agama mesti mahu baik. Perempuan solehah boleh tunggu je... insyaALLAH, ada lah yang akan merisiknya dari kalangan laki-laki yang soleh. Perempuan nak risik lelaki pun tiada masalah, bila kena syaratnya. Malah, maharnya murah dan mudah sahaja. Ini adalah bertepatan sebagaimana pesanan Rasulullah shallallhu ‘alaihi wa sallam sendiri,

“Di antara kebaikan wanita adalah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 23957. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Shahiih al-Jami’, 2/251)

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab an-Nikah, no. 2117. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam al-Irwaa’, 5/345)

Atas saranan dan pantauan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, pada masanya, pernikahan berjalan dengan mudah dan tidak disulitkan dengan kepelbagaian adat dan metod yang bukan-bukan. Seperti hantaran beribu-ribu, akad nikah mesti bersalam dengan bergoncang tangan, sesi fotografi yang memakan ratusan ringgit, aurat disingkapkan di depan khalayak awam, pelamin pulak mesti disiapkan, majlis persandingan mesti dilangsungkan, menepung tawar mesti direnjiskan, dan pelbagai lagi tambahan-tambahan yang karut marut yang langsung tidak tsabit (sahih) dari agama Islam yang tulen.

Apa sebenarnya yang dikejar? Kemewahan? Grand? Sikap menunjuk-nunjuk? Mahu berjual beli? Atau mahu merosakkan agama dan menggantikannya dengan adat? Apakah tidak cukup mudah dan cantik apa yang disunnahkan oleh Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam?

Sedangkan Nabi pernah menikahkan para sahabat-sahabatnya hanya dengan mahar sebiji emas, hafalan surah al-Qur’an tertentu, baju besi, cincin besi, beberapa dirham mata wang, beberapa genggam kurma, dan seumpamanya. Mengapakah kita tidak puas dengan apa yang dicadangkan dan dipermudahkan oleh Rasulullah untuk syi’ar pernikahan dan perkahwinan kita zaman ini? Carilah berkah dan petunjuk dari apa yang dicontohkan oleh Rasulullah.

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar engkau mencintai Allah, maka ikutlah aku”.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Jadi siapakah yang kita jadikan ikutan sekarang? Hawa nafsu? Adat? Atau siapa?

Jawablah sendiri...

Sebelum mengakhiri artikel ringkas ini, mari kita lihat apa itu mahar sebenarnya.

Syari’at yang gemilang lagi sesuai sepanjang zaman ini adalah bertujuan memelihara hak-hak wanita. Mahar adalah apa yang diberikan kepada isteri berupa harta, atau selainnya menurut persetujuan dengan sebab pernikahan atau dinikahi.

Mahar wajib dikeluarkan oleh seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Dosa yang paling besar di sisi Allah ialah orang yang menikahi wanita lalu ketika telah menyelesaikan hajatnya darinya, maka dia menceraikannya dan pergi dengan membawa maharnya...” (Hadis Riwayat al-Hakim, 2/182. Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam as-Silsilah ash-Shahihah, no. 999)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)

“Maka berilah mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajiban.” (Surah an-Nisaa’, 4: 24))

“Kerana itu, kahwinilah mereka dengan keizinan tuan mereka dan berilah maskahwin mereka dengan patut.” (Surah an-Nisaa’, 4: 25)

Mahar adalah pemberian yang dilindungi yang diwajibkan Allah untuk diberikan kepada wanita; bukan sebagai imbalan sesuatu yang wajib dia berikan, kecuali memenuhi hak-hak suami isteri, sebagaimana halnya dia tidak dapat digugurkan (walaupun wanita itu rela) kecuali setelah akad. (Audatul Hijaab, 2/298)

Maka,

“Permudahkanlah, jangan dipersulitkan, jangan dipersusah-susahkan...” dengan hal yang bukan-bukan dan yang pelik-pelik yang tiada contoh dan saranannya dari Rasul ikutan kita jika benar kita mencintai dan mengharapkan keredhaan Allah yang sebenar.

Menurut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Adakanlah walimah, walau pun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Nikah, no. 5155)

Wallahu a’lam.

Kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mengetahui Persoalan Nikah, perkahwinan, dan majlis walimah yang berorientasikan Islam dan bertepatan dengan sunnah-sunnah Rasulullah, saya cadangkan anda membaca tiga-tiga buah buku ini:

1 – Panduan Menikah Ala Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Tulisan Sheikh Amru Abdul Mun’im Salim, Terbitan Pustakan an-Naba’. (Tajuk setelah cetakan baru: “Panduan Menikah Menuju Keluarga Sakinah”)

2 – Panduan Menikah Dari A hingga Z, Tulisan Abu Hafsh Usamah bin Kamal ‘Abdir Razaq, Terbitan Pustaka Ibnu Katsir.

3 – Adab az-Zifaf (Panduan Nikah), Tulisan Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terbitan Media Hidayah.

Tambahan oleh: jiwakitamerdeka.blogspot.my
Apabila nikah di sukarkan, maka berlakulah zina di sana sini...
Mari kita mudahkan nikah.

Tuesday, April 22, 2008

Sayangilah ibu kandungmu sementara masih ada

Kata-kata dari email seorang kawan dibawah boleh dijadikan cerminan buat kita semua. Manalah tahu mungkin madah ini boleh menjadi tazkirah sesama kita.

ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mandikan kita.
cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain,
kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terimakasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna,
kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Ketika berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru,
kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita kesekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit :"tak nak! tak nak!".

apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola,
cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecah kaca cermin tingkap jiran.

menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim,
kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja,
kita ucapkan terimakasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen & main games.

menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat atau pun pesanan sms pun.

ketika berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPT,
kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

ketika berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita kata, "itu bukan urusan ibu."

setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya,
kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.
di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan? . "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

ketika menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan,
kita menjeling dan merungut, "ibuuu, tooooolonglahhh..."

ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita,
tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

pada usia kita 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,"itu dulu, sekarang zaman moden..."

ketika kita berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata,"kami sibuk, tak ada masa nak datang."

apabila kita berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

jika ibu masih ada, sayangi dia.
jika telah kembali ke rahmatullah, ingatlah kasih dan sayangnya, doakan ibu

sayangilah ibu kita, kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

Wednesday, April 02, 2008

HANYA ITUKAH YANG KAU BAWA?

oleh: I Djatnika (http://idjatnika.multiply.com/)

Warisan Nabi Adam
Yang terbagi rata di antara kita
Adalah:
Kematian

Apalah arti berselimut tebal
Dalam gedung kokoh kuat
Seperti Firoun dalam istananya
Pasti tak terhindarkan juga
Malaikat penjemput nyawa akan datang
Menyambut kita

Dalam kuburan yang pengap dan gelap
Dirimu menuding-nuding bertanya tentang amalan
Tapi, ragamu tak mampu berkilah
Karena hanya selembar kain kafan yang kau bawa.

Subuh, 12 Pebruari 2008
Terima kasih pak ika. Pengap= without oxygen; musty; = yang melemaskan and berkilah= deceitful (argumented).

Wednesday, February 06, 2008

Dakwah Tugas Kita Semua

Dalam apa keadaan, semua kita perlu BERDAKWAH.

Kerana melalui DAKWAH, orang balik semula mengamalkan Islam, samada yang kafir masuk Islam atau yang jauh meninggalkan Islam balik semula amalkan Islam, yang lemah Islamnya menjadi lebih kuat imannya dan sanggup berjuang untuk memenangkan Islam...

Tanpa DAKWAH, dari rumah orang Islam akan ada yang perlahan2 meninggalkan Islam dan ada menjadi murtad kerana perkara yang kecil-kecil, contohnya bercinta dan mahu kahwin. Lantas mengambil jalan mudah dengan murtad...

Kita tiada pilihan lain, melainkan kita semua perlu BERDAKWAH bersama-sama2 kalau kita mahu jadi hebat di dunia dan di akhirat nanti.

Berdakwah adalah tugas kita semua: Untuk selamatkan diri kita dan untuk selamatkan orang lain. Terpulang kepada mereka untuk tunduk kepada agama. Yang pentingnya kita perlu sampaikan kepada mereka berkali-kali. Memberi hidayah bukan kerja kita, memberi hidayah adalah hak Allah. Tugas atau kerja kita ialah berdakwah, menyampaikan kebenaran sebaik cara. Kita buat kerja kita, kemudian kita serahkan kepada Allah.

Sampaikan kebenaran dengan kasih sayang....

Friday, January 11, 2008

Menjaga Diri Dengan Menghindari Zina

Telah berkata Imam Syafi’i:

Jagalah dirimu baik-baik, nescaya isterimu akan menjaga dirinya dengan baik. Hindari perbuatan keji yang tidak pantas dilakukan oleh seorang muslim. ZINA ITU IBARAT HUTANG, jika kau lakukan, maka ISTERIMU dan ANAK-ANAKMU yang akan membayarnya. Renungkanlah.

Sumber: Abu Qamar Salahuddin. 1996. 10 Wasiat Imam Syafi’i, Darul Nu’man : Kuala Lumpur, muka surat 52.

Wednesday, December 19, 2007

Chastity : Guard Before It Is Gone

Women must be extra careful when accepting good deeds from others. Because it may mean, in the long run, will flourish and bloom into some intimate relations thus getting and enjoying your body with or without payment. Do not be guilty to our future generations due to inability to guard our chastity at any time especially when we are young. We should be smarter to evaluate and act for the our own good to stay chaste.

A woman's body is not a commodity to be bartered or sacrificed even though much kindness is received from others. Anywhere our body is too valuable and should not be. Our duty to look after yourself is a trust. Our body should be specially reserved for our legal husband after marriage. It is too important to understand and appreciate this. Stop fooling around as our chastity is at stake now. This life is real. You are not an actress or artist busying with external outlook only but devoid of faith and values coming from pure heart.

As legal daughter from a legal or a valid marriage of our parents (if doubtful, just ask mum nicely as soon as possible) we should never be responsible for, sorry to say, illegitimate babies. These babies are pure and innocent and have the right to live a life like others. It becomes a living testimony of mother’s failure once (or always) to manage and control the young carnal desires. Actually the carnal desire is forever young, it is ageless. Please do not test our carnal desires for many have failed miserably spoiling ourselves and others.

A woman's chastity is ripped mercilessly in the pseudoname of love, in most cases, by her hero who will usually and slowly disappear like the famous act of once famous illusionist David Copperfield. The eagle will just fly away after it had tasted what it was looking for at last and enjoyed the feast. Who is the next victim?

Majority of us know too well that illicit sex or fornication – making love without valid marriage - is forever forbidden in all known religions around us. Sometimes we can just learn many lessons from others without experimenting them ourselves. This life is too short to be a guinea pig to try everything. Women are not that cheap and flimsy to be just some blow-up doll that a man can use and then deflate and put away until the next time.

Do not blur or spoil the lineage of your family genealogy. Please do not initiate the vicious cycle in this temporary life. Remember: Illicit relation will only damage our chastity and cause illegitimate babies. We think we are all educated but we fail to understand the purpose of our short existence. We may not be highly educated but we do manage to live the life of an educated person.

Be Smart Avoid Illicit Relation

Tuesday, October 23, 2007

Semua Kita Akan Mati, Dosa Kita Bagaimana?

Petikan dari Khutbah 2: Rukun dan Syarat Taubat Nasuha, dari buku Khutbah Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi, terbitan tahun 2002 oleh As-Syabab Media, Bangi, muka surat 65:

Ada di kalangan manusia yang mati sedangkan dosa mereka tidak mati bersama. Alangkah ruginya mereka yang mempunyai dosa seperti itu. Beruntunglah bagi orang yang mati dan dosanya juga turut mati. Celakalah bagi mereka yang mati sedangkan dosa-dosanya terus berlaku.

Lihatlah kepada pelakon dan penerbit filem, drama-drama, nyanyian-nyanyian dan buku-buku yang penuh dengan kekufuran dan kesesatan. Tuan punya filem, drama dan buku seperti ini telah mati tetapi benda-benda tersebut terus memainkan peranannya menyesatkan manusia samada individu atau masyarakat. Ini adalah satu yang bahaya. Oleh itu orang yang melakukan kerja-kerja seperti itu perlulah cepat dan segera bertaubat sebelum perkara menjadi bahaya.


Komen : Sudah tentu termasuk juga pengarahnya serta seluruh warga kerjanya yang memungkinkan menghasilkan filem, foto atau video yang merosakkan pemikiran dan budaya masyarakat berakhlak. Begitu juga artikel, cerpen, majalah yang lucah dan cabul. Kita bersusah-payah menghabiskan masa, tenaga, pemikiran dan kerana mungkin untuk mendapatkan nama atau ganjaran berkilo wang tetapi menghasilkan dosa yang berterusan walaupun kita telah sudah mati.

Tentu lebih baik kita berlumba-lumba untuk menghasilkan pahala yang berterusan. Untuk mengetahui, sila bertanya kepada experts (ulama). Asasnya telah di berikan oleh hadith Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya).

Monday, October 22, 2007

101 Tahun Kelahiran Sayyid Qutb: Telunjuk yang Bersyahadah Dalam Setiap Solat Ini…

Seratus satu tahun berlalu setelah kelahiran salah satu tokoh Islam Sayyid Qutb. Tokoh kelahiran 9 Oktober 1906 itu adalah penulis kitab monumental “Fii Zhilaal Al-Qur`an”, “Ma’aalim fi Thariiq” dan “Al-Mustaqbal li Haadzaa Ad Diin”. Tiga buku itu semuanya sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia dan Indonesia oleh sejumlah penerbit. Dan ketiga buku itu juga mendapat pasar yang luas di kalangan Muslim Dunia.

Memang ada perdebatan tentang metode berfikir Sayyid Qutb dalam tulisan-tulisannya yang tegas menyatakan kejahiliyahan masyarakat modern terkait keharusan hakimiyah (penghakiman) yang tidak merujuk kepada Allah swt. Tapi bagaimanapun, peri hidup Sayyid Qutb tetaplah penting diulas sebagai bagian dari perjalanan seorang yang rela mengorbankan dirinya untuk membela tauhid yang diyakini kebenarannya.

Sepintas Kehidupan Sayyid Qutb Sayyid Quthb gugur di tali gantung pada tanggal 20 Ogos 1966. Ia dikenal sebagai tokoh yang total berjuang untuk agamanya, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah, seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya. Ia persembahkan nyawanya yang ‘murah’ kepada keyakinan dan akidahnya. Ia menghabiskan bertahun tahun usia terakhirnya di penjara. Ia tuangkan jiwa dan fikirannya yang luar biasa dalam lembar-lembar tulisan tangannya dengan untaian kata yang penuh makna dan bernilai sastra. Hampir semua orang yang membacanya, bisa merasakan getar ruhani dan pikirannya dari bunyi tulisan penanya yang tercantum hebat dalam karya-karya tulisnya.

Sayyid Qutb mendapat pendidikan pertama di rumah dari orang tua yang kuat beragama. Usia 6 tahun, Qutb diantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Dan pada usia 7 tahun ia mulai menghafal Al-Qur’an. Dalam tiga tahun berikutnya, ia telah menghafal seluruh Al-Qur`an.

Awal dekad 1940-an, satu era baru telah mulai terjadi dalam kehidupan Sayyid Qutb, sebagai masa pencerahan kesadarannya terhadap Islam. Dalam karya tulisnya, ia mulai menulis beberapa seri “At-Taswir Fanni Fil Qur’an” pada tahun 1939. Tulisan ini mengupas indahnya seni yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur’an. Pada tahun 1945 ia menulis sebuah kitab bertajuk “Masyahidul Qiamah Fil Qur’an” yang isinya menggambarkan peristiwa hari kiamat dalam Al-Qur`an. Dan pada tahun 1948, Sayyid Qutb menghasilkan sebuah buku berjudul “Al-Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam” atau Keadilan Sosial dalam Islam. Dalam kitab ini, ia tegas menyatakan bahwa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai bila masyarakat menerapkan sistem Islam.

Fase terakhir perjalanan Sayyid Qutb berawal pada tahun 1951, saat ia mulai bergabung dengan Jama’ah Al-Ikhwan Al-Muslimun, sampai tahun wafatnya di tali gantung tahun 1966. Baginya, rentang masa itu sangat penting dan karenanya ia pernah mengatakan bahw tahun 1951 adalah tahun kelahirannya. Sayyid Qutb bergabung bersama Al-Ikhwan Al-Muslmun, dua tahun selah wafatnya Imam Hassan al-Banna yang merupakan pengasas Al-Ikhwan, pada tahun 1949. Mereka tidak pernah bertemu muka, meski dilahirkan di tahun yang sama 1906, dan dididik di tempat yang sama, di Darul Ulum.

Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan kesamaan orientasi berpikir. Sebelumnya, ketika Hasan Al-Banna membaca buku “Al-’Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam”, karangan Sayyid Qutb, ia menganggap pengarangnya adalah bagian dari Al-Ikhwan. Lalu, al-Banna telah mengatakan bahwa “orang ini” (Sayyid Qutb) tidak lama lagi akan bergabung bersama Al-Ikhwan.

Sayyid Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan Al-Banna. Kematian Al-Banna sangat membekas dalam jiwanya, meski ia belum pernah bersama dengan Al-Banna. Berita kematian Al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis saat ia dirawat di sebuah rumah sakit di Amerika. Karena orang-orang Amerika bergembira menyambut berita kematian Al-Banna. Pulang dari AS, Sayyid Qutb mengkaji kehidupan Al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Selanjutnya ia pun memutuskan untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

Beberapa karya Sayyid Qutb selanjutnya adalah: Haaza ad Din, Al-Musta qbal li hadza ad diin, khashaish tashawwur al-Islami, ma’alim fi thariq, dan tafsir fii zilali al-Qur`an. Pesan utama yang ditekankan Qutb di dalam tulisan-tulisannya adalah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya inti dari Tauhid Uluhiyyah adalah hak Allah dari sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri’ (pembuatan peraturan). Dan karenanya, menurut Qutb ikrar Lailaha ilalLah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi Nya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya.

Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir mengharamkan Al-Ikhwan Al-Muslimun dan para pimpinannya ditangkap karena dituduh sedang merancang rampasan kuasa. Tanpa bukti yang jelas, tujuh orang pimpinan tertinggi Al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948. Tapi hukuman terhadap Hasan Hudhaibi di ubah menjadi penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.

Pada tahun 1964, Sayyid Qutb telah dibebaskan atas permintaan pribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Tapi Pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima pembebasan tersebut. Setelah Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu musibah pesawat udara, Qutb ditangkap lagi pada tahun berikutnya. Alasannya adalah karena Qutb dituduh kembali merancang rampasan kuasa. Selain itu, Mahkamah Revolusi merujuk pada buku-buku Sayyid Quthb terutama Maalim Fi At Thariiq, yang mendasari pernyataan seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari’at Allah.

Sayyid Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Sayyid Qutb menulis pernyataan meminta ampun agar ia dibebaskan. Tapi Sayyid Qutb dengan tegas menjawab; “Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahwa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara karena kebenaran aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan. ”

Pagi hari Isnin, 29 Ogos 1966, Sayyid Qutb digantung bersama-sama sahabat seperjuangannya, Muhamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Dunia Islam pun kehilangan salah satu pejuangnya yang berani mempertaruhkan nyawanya untuk membela tauhid. (Lili Nur Aulia).

Ulasan: Untuk apakah, sekiranya di beri pilihan, kita akan mati? Sementara masih sihat, eloklah bersama-sama berdakwah sehingga syahid untuk kebaikan manusia seluruhnya.

Punca: http://www.eramuslim.com/berita/lpk/7a19061627-101-tahun-kelahiran-sayyid-qutb-telunjuk-bersyahadah-dalam-setiap-shalat-ini.htm

Monday, October 08, 2007

Nilai Kita

Nilai kita ialah apa yang kita lakukan
Bukan apa yang kita katakan
Kita adalah perbuatan kita
Bukan idea yang kita goreng di majlis menakjubkan

Ada orang yang berkokok berderai-derai
Tapi ekornya bergelumang tahi
Tapi rakyat tahu apa isinya
Auta pemimpin sejak dulu sudah terbiasa

Lori babi berlanggar, yang pasti keluar babi
Lori arak jatuh gaung, yang pasti tumpah arak
Botol susu pecah tergolek yang pasti keluar susu

Apa yang kita zahirkan itulah diri kita sebenarnya
Kerana tak mungkin cermin menipu
Melainkan objek itu sendiri rupanya cacat dan penipu
Menipu diri dan orang lain

Sudah berpuasa Ramadhan telah bertahun-tahun
Zahir puasa tapi batinnya mana?
Ucapan maaf zahir dan batin bukan tiket
Untuk patung-patung terus menipu rakyat

Punca:
Roha Hasan (2007). Aku Ori Bukan Fotostat. JIM : KL – terima kasih kerana memberi idea.

Friday, September 14, 2007

Maruah Perempuan : Jagalah Diri Sementara Ada

Berhati-hatilah menerima budi, jangan sampai tergadai body. Jangan sampai dihantui rasa bersalah kepada zuriatmu akan datang kerana tidak pandai menjaga diri sewaktu muda remaja/belia. Mesti smart dalam menilai dan bertindak demi kebaikan dan kesucian diri. Jangan jadikan body sebagai tukaran walau melaut budi yang diterima. Body mu terlalu bernilai dan tidak wajar untuk dijadikan korban jalanan dan pestaan. Tanggunjawab untuk memegang amanah menjaga diri terletak pada diri sendiri. Serahkan body mu hanya kepada pihak yang berhak sahaja, iaitu suami yang sah selepas nikah nanti. Terlalu penting untuk memahami hal ini. Hentikan menipu diri. Hentikanlah lakonan sibuk menghias luaran diri (frame) tetapi gersang dari iman dan akhlak mulia dari hati yang bersih.

Kita sebagai anak yang halal dari pernikahan ayah dan ibu kita yang sah (kalau ragu-ragu, perlu check dengan ibu anda segera), jangan sampai berperanan diatas kelahiran anak yang tidak sah iaitu anak haram atau anak luar nikah. Bukan salah si bayi itu. Si bayi mempunyai hak untuk hidup seperti orang lain. Si bayi itu menjadi saksi hidup kesalahan ibunya yang tidak berupaya mengendali dan mengawal nafsu muda lantas menyerahkan permata singgahsana maruahnya – sehingga terjadilah perkara-perkara jijik yang disukai (?) dan bersungguh-sungguh dicari. Sebenarnya nafsu sentiasa muda, tidak berusia. Jangan sekali-kali menguji nafsu kita, kerana ramai telah tertipu dan berbuat dosa, merosakkan diri sendiri dan orang lain.

Kesucianmu telah dan akan di robek kejam di atas nama cinta oleh, dalam kebanyakan kes, hero yang di puja dan di rindui. Kebiasaannya hero akan perlahan-lahan menghilangkan diri laksana lakonan ahli silap mata terkenal David Copperfield yang telah menakjubkan ramai satu masa dulu. Helang akan terbang semula setelah merasa dan meratah mangsa hidup-hidup. Siapakah yang akan menjadi mangsa seterusnya?

Kebanyakan kita mengetahui bahawa zina – persetubuhan yang berlaku tanpa nikah yang sah - di larang oleh semua agama di sekeliling kita. Kadang-kadang terdapat banyak yang boleh di pelajari daripada apa yang berlaku dalam sejarah manusia tanpa kita melakukannya sendiri. Hidup ini terlalu pendek untuk kita mencuba dan menguji semua perkara. Perempuan bukanlah barangan murah laksana anak patung untuk mainan bila lelaki berhajat.

Pilihan yang ada ialah jangan mengkaburkan atau merosakkan salasilah keturunan kamu zaman berzaman. Jangan mulakan kitaran kejam dalam hidup anda. Ingat: Hubungan sulit akan hanya mencalar kesucian diri kita dan menyebabkan wujud anak luar nikah. Kita mungkin tidak berpelajaran tinggi tetapi kita sewajarnya berjaya hidup sebagai seorang yang terdidik.

ANDA BIJAK JAUHI ZINA

Wednesday, September 12, 2007

Ku Temui Jalan Pulang : Kisah Benar


Kepada kawan-kawan di luar sana…

...Jagalah maruah kewanitaan kalian dengan sebaik-baiknya. Seorang lelaki jarang akan bertanggungjawab apabila dia sudah melakukan perzinaan dengan seorang wanita. Akhirnya wanita jugalah yang akan menanggung kesannya sampai bila-bila. Berwaspadalah!1

...Cubaan hidup di luar memang mencabar. Pelbagai pengaruh yang kita dapat tak kira daripada atau sekitarnya. Janganlah mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan janji manis lelaki. Bila sudah telanjur, kita tak dapat nak berundur lagi. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna.1

...Janganlah mudah terpengaruh dengan kata-kata manis lelaki. Muka saja handsome tetapi perangai tak ubah seperti binatang. Kalau agak-agak dah sampai jodoh, nikah saja. Dengarlah nasihat kedua ibu bapa kita, kerana tanpa mereka siapakah kita di dunia ini.1

...Jauhilah perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kita kepada zina. Jangan tinggalkan solat. Jangan menjadi hamba seks. Lelaki yang baik tidak akan menghancurkan kita. Berhati-hatilah dalam memilih kawan.1

...Jangan mudah mengikut nafsu mudamu, kerana nafsu muda itu ibarat api yang sedang menyala. Siramilah ia dengan hembusan keimanan dan bukan keduniaan.1

Maruah Perempuan : Jagalah Diri Sementara Ada

Berhati-hatilah menerima budi, jangan sampai tergadai body. Jangan sampai dihantui rasa bersalah kepada zuriatmu akan datang kerana tidak pandai menjaga diri sewaktu muda remaja/belia. Mesti smart dalam menilai dan bertindak demi kebaikan dan kesucian diri. Jangan jadikan body sebagai tukaran walau melaut budi yang diterima. Body mu terlalu bernilai dan tidak wajar untuk dijadikan korban jalanan dan pestaan. Tanggunjawab untuk memegang amanah menjaga diri terletak pada diri sendiri. Serahkan body mu hanya kepada pihak yang berhak sahaja, iaitu suami yang sah selepas nikah nanti. Terlalu penting untuk memahami hal ini. Hentikan menipu diri. Cukuplah berlakon dengan sibuk menghias luaran diri (frame) tetapi gersang dari iman dan akhlak mulia dari hati yang bersih.

Kita sebagai anak yang halal dari pernikahan ayah dan ibu kita yang sah (kalau ragu-ragu, perlu check dengan ibu anda segera), jangan sampai berperanan diatas kelahiran anak yang tidak sah iaitu anak haram atau anak luar nikah. Bukan salah si bayi itu tetapi salah ibunya yang tidak berupaya mengendali dan mengawal nafsu muda (nafsu sentiasa muda, tidak berusia, jangan mencuba nafsu, kerana ramai telah tertipu) menyerahkan permata singgahsana maruahnya – sehingga terjadilah perkara-perkara jijik yang disukai (?) dan bersungguh-sungguh dicari. Kesucianmu di robek kejam di atas nama cinta oleh, dalam kebanyakan kes, hero yang di puja. Kebiasaannya hero akan perlahan-lahan menghilangkan diri laksana lakonan ahli silap mata terkenal David Copperfield yang telah menakjubkan ramai satu masa dulu. Helang akan terbang semula setelah merasa dan meratah mangsa hidup-hidup. Siapakah yang akan menjadi mangsa seterusnya?

Kebanyakan kita mengetahui bahawa zina – persetubuhan yang berlaku tanpa nikah yang sah- di larang oleh semua agama sekeliling kita. Kadang-kadang terdapat banyak yang boleh di pelajari daripada apa yang berlaku dalam sejarah manusia tanpa kita melakukannya. Hidup ini terlalu pendek untuk kita mencuba semua perkara. Perempuan bukanlah barangan murahan seumpama anak patung untuk mainan bila lelaki menghendakinya.

Jangan kaburkan atau rosakkan salasilah keturunan kamu zaman berzaman. Jangan mulakan kitaran kejam dalam hidup anda. Ingat: Hubungan sulit akan mencalar kesucian dan menyebabkan wujud anak luar nikah.

ANDA BIJAK JAUHI ZINA
KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Sumber:
1 Ummiroses (2007). Ku Temui Jalan Pulang : Antologi Kisah Benar Remaja Puteri Raudhatus Sakinah. Kuala Lumpur : JIMedia & Raudhatus Sakinah.
2 jiwawakitamerdeka (2005). BEBERAPA NASIHAT BUAT SISWA SISWI BAKAL PEMIMPIN DIMASA DEPAN. http://jiwakitamerdeka.blogspot.com/2005_07_01_archive.html

Thursday, August 30, 2007

Selamat memerdekakan diri kita

Selamat memerdekakan diri kita dari maksiat
Selamat memerdekakan diri kita dari kemilau dunia
50 tahun merdeka di sambut meriah
Tapi gersang dari pengisian merdeka
untuk memerdekakan minda rakyat selama-lamanya
Apa mungkin patung sukakan minda rakyat merdeka?
Akan menyebabkan patung yang ada akan tersungkur
Patung-patung gah gembira dengan sorak surai rakyat lalai
Bererti usia patung memanjang
Walaupun sudah lama tamat tempoh laku

Pastikan bila dan di mana jua
Jiwa kita tetap merdeka

Benarkah kita hambat penjajah balik negeri?
Apa gunanya menghambatnya kalau sayang?
Pastikan negara tidak di warisi penjajah dari belakang tabir
Menipu di atas nama pribumi
Mengaut harta kekayaan negara tanpa malu

Setiap hari tanyakan diri
Siapakah aku?
Merdekakah aku?
Merdekakah kita?