Wednesday, June 20, 2012

Doa Qunut Nazilah dan Munajat Untuk Rakyat Syria



Posted on the April 21st, 2012 
Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di dalam peristiwa Bir Al-Ma’unah.
Begitu juga dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
قنت رسول الله صلى الله عليه و سلم شهرا متتابعا في الظهر والعصر والمغرب والعشاء وصلاة الصبح في دبر كل صلاة إذا قال ” سمع الله لمن حمده ” من الركعة الآخرة يدعو على أحياء من بني سليم على رعل وذكوان وعصية ويؤمن من خلفه .
(Sunan Abu Daud)
Terjemahan:
Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah” dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Zakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.
ERTI DOA QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca “Sami’allaahu liman hamidah”.
Doa dibaca ketika berdiri untuk i’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.
Peringatan:
  • Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
  • Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka mengaminkan bersama doa tersebut.
  • Jika solat secara bersendirian juga boleh dibaca doa qunut nazilah. Dalam masalah ini ulama’ berselisih pendapat dan pendapat yang paling rajih (disepakati) adalah dibolehkan.
Marilah kita sama-sama bacakan doa ini khusus untuk saudara-saudara kita di Syria dan amnya kepada kaum muslimin dimana saja berada.
Sebarkan!

No comments: