Firman Allah s.w.t. bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)". (Al-Isra':32)
Rasulullah s.a.w. sendiri menggambarkan keburukan zina ini dengan sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada dosa yang paling besar di sisi Allah selepas syirik, selain daripada perbuatan seorang lelaki meletakkan nutfahnya (maninya) di dalam rahim yang tidak halal baginya". Riwayat Ibn Abi ad-Dunia daripada al-Haitham bin Malik.
Dalam hadith yang lain: Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:” Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ” Riwayat al-Bazzar.
Ulasan: Ya Allah peliharalah kami dan keturunan kami dari maksiat zina.
No comments:
Post a Comment