Thursday, May 13, 2010

Bacaan Istighfar Berganda

Bagi memperolehi pahala istighfar berganda, seseorang Mukmin perlu memohon ampun bagi dirinya; tetapi juga bagi orang-orang mukmin yang lain. Dengan cara ini wujudlah persaudaraaan yang benar-benar dalam agama Allah

Rasulullah SAW telah bersabda, yang maksudnya: 
“Siapa beristighfar bagi orang-orang mukmin lelaki dan mukmin perempuan, maka Allah akan menuliskan satu kebajikan (pahala) untuknya bagi setiap orang mukmin lelaki dan perempuan.” 
(HR Thabrani dalam Kitab Mu’jam Al-Kabiir. Menurut Al-Albaani: Hasan. Sila rujuk Sahih Jaami’ As-Saghir No. 6026).

Dengan ucapan istighfar yang menyeluruh ini, maka diharapkan pengistighfar akan memperoleh bilangan kebajikan yang paling dan amat banyak sekali, berdasarkan bilangan orang-orang yang telah beriman kepada Allah: lelaki dan perempuan sejak Nabi Adam AS sehinggalah manusia Mukmin yang terakhir di matikan sebelum kedatangan angin yang sepoi-sepoi bahasa sebelum menjelang Kiamat, iaitu sesudah datangnya Imam Mahdi dan Nabi Isa AS.

Sedutan daripada: ‘Abdullah Al-Qari b. Hj Salleh (A.Q.HAS) (1995). 145 Keistimewaan Dzikir dan Selawat. KL : Darul Nu’man. Ms 74 -76.

No comments: