Umat Yang Tenat!
Pada Ahad lalu (21 Mac 2010), sebuah portal media perdana melaporkan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim bahawa sepanjang tahun 2009 sahaja terdapat 17,303 anak luar nikah berbangsa Melayu/Islam yang didaftarkan di JPN. Katanya, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya(16,541), manakala pada 2007 jumlahnya seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan lagi dalam tempoh lima tahun lalu, sejumlah 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu/Islam. Jumlah itu pula tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes-kes yang tidak dilaporkan.
17,303 pasangan telah berzina hingga melahirkan anak yang didaftar!
Berapa puluh ribu pula anak yang lahir tapi tak didaftar?
Berapa puluh ribu pula anak yang dibuang hidup-hidup atau digugurkan sebelum cukup bulan?
Berapa puluh ribu pula yang berzina tapi tak mengandung?
Berapa puluh ribu pula yang berzina dan termengandung, lalu cepat-cepat diaqad nikahkan, maka tertutuplah kisah lahir anak haram?
Ya Allah! Betapa tenatnya umat kini! Kalau tidak kerana Maha Penyayang dan Pengampunnya Dia, pasti pelbagai bencana telah menimpa kita semua.
Allah telah lama melarang, tapi ramai buat tak endah. Hukuman yang Allah tetapkan dikatakan kejam. Sekarang siapa yang lebih kejam? Anak tak berdosa dibuang merata-rata...macam ... tak tau lah, tak sampai hati nak sebut.
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
Menariknya, ayat yang sebelumnya adalah mengenai larangan membunuh anak. Seolah-olah mengisyaratkan terdapat perkaitan antara berzina dengan membunuh.
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar". (Al-Isra':31)
Rasulullah s.a.w. sendiri menggambarkan keburukan zina ini dengan sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada dosa yang paling besar di sisi Allah selepas syirik, selain daripada perbuatan seorang lelaki meletakkan nutfahnya (maninya) di dalam rahim yang tidak halal baginya". Riwayat Ibn Abi ad-Dunia daripada al-Haitham bin Malik.
Berbalik kepada suatu penyelesaian mudah yang diambil oleh sebahagian mereka yang terjebak dengan zina dan termengandung ialah mempercepatkan aqad. Apakah itu satu penyelesaian yang selaras dengan kehendak Syara'?
Ikuti pandangan fuqahak mengenainya di: http://penyuluh.blogspot.com
Dia telah tetapkan hukuman, tapi hambaNya sombong, tak mahu laksanakan.
Posted by Maznah Daud
No comments:
Post a Comment