Kadang-kadang terfikir juga sampai bilakah perlu menghadiri majlis ilmu, kelas pengajian agama, usrah, ceramah agama dan yang seumpamanya. Sebenarnya majlis sedemikian Nabi SAW menyebutnya sebagai taman-taman syurga.
Nabi SAW juga bersabda: Orang yang beriman, tidak pernah akan merasa puas dengan mendengar dan menerima pengetahuan yang bermanfaat (ia akan terus mahu belajar), sehingga ia mati dan masuk syurga (HR Tirmizi).
Rujuk: Maulana Yusuf Kandahlawi (2003). Muntakhab Ahadith. Terjemahan oleh Muhammad Qosim At-timori. Sekupang, Batam : Team Jami’atul Ulum Ar-Rahman. Muka surat 238, hadith no.12.
No comments:
Post a Comment