memperkatakan mengenai jiwa kita yang merdeka supaya terus dan tetap merdeka :: dealing on the freedom of mind & soul so that they will be free forever
Tuesday, June 18, 2013
Selamatkan anak-anak umat Islam dari bahaya Syiah
Anak-anak umat Islam harus didedahkan dengan Syiah (dibaca Syi'ah) di peringkat awal lagi untuk menyelamatkan akidah umat.
Maka saya sarankan supaya dimasukkan dalam silibus JQAF (Jawi, Quran, B.Arab dan Fardhu Ain) tentang agama Syiah dan pertentangannya dengan Islam. Untuk peringkat rendah sentuh yang mudah sahaja. Umpamanya ciri Syiah spt berikut:
1. Memperkenalkan sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW dan dedahkan bahawa Syiah telah menghina mereka bahkan mengkafirkan Saiyidina Abu Bakar as siddiq RA dan Umar RA dan lain2.
2. Perkenalkan Abu Hurairah RA sebagai sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi SAW dan Syiah memusuhi beliau.
3. Perkenalkan Aishah RA sebagai seorang Ummul Mukminin yang faqih (tempat umat Islam bertanya hukum hakam) dan Syiah menuduh Aishah RA berlaku keji (berzina).
4. Terangkan apa hukum orang yang menuduh kafir para sahabat yang dijamin syurga oleh Allah SWT.
5. Terangkan apa itu taqiyah berbohong yang menjadi pegangan agama Syiah sedangkan berbohong itu dosa besar dalam Islam.
6. Terangkan apa itu mutaah yang menjadi amalan Syiah sedangkan mutaah itu tidak lain dari perzinaan yang diharamkan.
Untuk pengajian umum/Malaysia pula saya sarankan supaya senarai agama-agama yang dianuti di Malaysia ini diperincikan spt berikut: Ini akan mendedahkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam dan Syiah adalah dua anutan yang berbeza (Masukkan keputusan fatwa kebangsaan 1996 yang menghukum Syiah sebagai sesat dan ditolak. begitu juga 20 fatwa negeri (9 diwartakan dan 11 tidak diwartakan)
Islam.
Buddha
Hindu
Kristian
Syiah
Bahai
Qadiyani
agama-agama pribumi yang pelbagai
Sumber: fb Hafidzi Mohd Noor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment