Thursday, August 30, 2007

Selamat memerdekakan diri kita

Selamat memerdekakan diri kita dari maksiat
Selamat memerdekakan diri kita dari kemilau dunia
50 tahun merdeka di sambut meriah
Tapi gersang dari pengisian merdeka
untuk memerdekakan minda rakyat selama-lamanya
Apa mungkin patung sukakan minda rakyat merdeka?
Akan menyebabkan patung yang ada akan tersungkur
Patung-patung gah gembira dengan sorak surai rakyat lalai
Bererti usia patung memanjang
Walaupun sudah lama tamat tempoh laku

Pastikan bila dan di mana jua
Jiwa kita tetap merdeka

Benarkah kita hambat penjajah balik negeri?
Apa gunanya menghambatnya kalau sayang?
Pastikan negara tidak di warisi penjajah dari belakang tabir
Menipu di atas nama pribumi
Mengaut harta kekayaan negara tanpa malu

Setiap hari tanyakan diri
Siapakah aku?
Merdekakah aku?
Merdekakah kita?

Thursday, July 12, 2007

A Lesson From The Battlefield

Dari blog Penjejak Badai (http://www.abuhikam.blogspot.com/): Said Ramadhan telah menulis artikel yang bertajuk 'A Lesson From The Battlefield" didalam majalah The Muslim. Artikel itu memuatkan satu dialog antara seorang tentera Israel dengan tawanan perang tentera Arab di dalam penjara Israel, dalam Perang Arab Israel 1948.

Tawanan tentera Arab bertanya kepada tentera Israel tentang kenapa Israel tidak menyerang Sur Bahir (suatu pekan berhampiran Jerusalem yang pada masa itu dikelilingi oleh tentera Israel yang sudah pun menduduki Tell Buyut dan Rahmat Rahel).

Lalu tentera Israel itu bertanya "Adakah anda mahu jawaban yang sejujurnya ?".
Ia mengatakan, tentera Israel tidak menyerang Sur Bahir kerana di sana ada tentera Ikhwan Muslimin.

Tawanan tentera Arab kehairanan dan bertanya "Apa bedanya, pasukan anda biasa dan cekap bertempur dengan tentera Arab lain yang lebih hebat, kuat dan tangguh".

Tentera Israel menjawab "Sukarelawan Ikhwan Muslimin berbeda dengan tentera kamu (tentera Arab). Mereka berperang dengan semangat perjuangan yang tinggi, sama dengan semangat perjuangan kami (tentera Israel). Tapi mereka berperang untuk mati. Mereka gila untuk mati. Mereka tidak takut mati. Malah mereka mahu mati. Mereka berperang demi untuk mati. Mereka bertempur seolah-olah sedang mengusir setan dari diri manusia. Sungguh mengerikan, berperang dengan orang-orang seperti ini. Berperang dengan mereka seolah-olah memasuki hutan belantara yang penuh dengan binatang buas. Bila-bila masa binatang buas akan menerkam kami. Mereka sebenarnya dambakan syurga".

Tawanan perang tentera Arab ni terpaku. Bila ia keluar dari penjara itu, beliau mengubah hidupnya dan bergabung dengan Ikhwan Muslimin...

Komen : Jom kita hadam dan melaksanakan pemikiran Hassan Al Bana, Fathi Yakan, Mustafa Masyur, Syed Qutb, Said Hawwa dan ramai tokoh dakwah lagi, untuk membolehkan kita memahami dan menjiwai keberanian pejuang membantu Islam dalam mencari redha Allah. Teruskan perjuangan membantu Islam.

Ke Arah Dunia Aman & Sejahtera.

Rujukan: Penjejak Badai (http://www.abuhikam.blogspot.com/)

Friday, June 29, 2007

Taat & Maksiat: Susah Payah Kita

Susah payah kita untuk melakukan ketaatan, ada ganjaran kebaikan dari sisi Allah.
Susah payah kita untuk melakukan (merancang, mengatur, melaksana) maksiat akan menjadi punca derita dan penyesalan di hari akhirat.

Kearah Dunia ADIL & SEJAHTERA

Thursday, June 28, 2007

Kemuliaan dan Kebahagiaan Kita


Di mana saja kemuliaan dan kebahagiaan manusia termasuk diri kita terletak diatas ketaatan kita kepada perintah Allah mengikut cara Rasullullah sa.w.

Bila-bila masa pun, aksi itu bukti. Laksanakanlah ketaatan. Janganlah mencari alasan untuk tidak taat.

Kearah Dunia ADIL & SEJAHTERA

Wednesday, June 27, 2007

BERDAKWAH TUGAS KITA UMAT ISLAM SELURUHNYA

Setiap kita kena berdakwah untuk mengajak setiap manusia kepada Islam.
Islam itu agama dakwah seperti Rasulullah pernah lakukan. Kita pun mesti berdakwah.

Kekuatan kita dan ummat Islam zaman berzaman terletak di atas kesungguhan kita BERDAKWAH untuk menyelamatkan orang dari azab Allah..

Apabila kita tidak buat DAKWAH, dan sibuk dengan MENCARI harta dunia....maka agama-agama lain akan datang termasuk Kristian dan agama sesat yang baru timbul dan menyesatkan manusia.

Sebenarnya agama Kristian itu agama yang sudah habis tempoh laku (expiry date). Tetapi kerana pendakwah-pendakwah Kristian tekun dan bersungguh-sungguh melaksanakan dakwahnya, agama itu seolah-olahnya nampak lebih hebat dari Islam.

Nabi Isa a.s adalah salah seorang Nabi daripada Nabi-Nabi yang di hantar oleh Allah s.w.t. untuk memimpin manusia kepada Kebenaran. Nabi Isa a.s. sebagai Nabi yang mencapai tingkat yang mulia Ulul Azmi dan Baginda tidak mengaku pernah dirinya Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi dan Rasul yang terakhir yang di utuskan kepada umat manusia.

Ingatlah bahawa Nabi Isa s.a pernah mengingatkan pengikutnya seperti yang telah di nyatakan dalam Quran (Al Saff, 61:6), terjemahnya, "... Nabi 'Isa ibni Maryam berkata: 'Wahai Bani Isra'il, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripdaku - bernama: Ahmad' ".

Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 19, terjemahannya :Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah agama Islam.

Firman Allah Subhanahu Wataala lagi dalam surah Al-Maa-idah ayat 3, terjemahannya :
Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Dari ayat-ayat tersebut jelas menerangkan bahawa agama Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah Subhanahu Wataala yang membawa kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah cukup sempurna dan telah berjaya mengubah jiwa dan fikiran orang-orang jahiliah, mengeluarkan mereka daripada alam kejahilan kepada alam yang penuh bertamadun dan menjadi orang-orang soleh.

Apabila kita cuma amalkan Islam sendiri-sendiri bukan berjemaah seperti di amalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan pra sahabatnya r.a. selagi itulah Kristianisasi akan menyerang kita lagi dan lagi...

Kita kena melihat dakwah sebagai tugas terhormat untuk kita semua menjadi mulia di sisi Allah.
Berdakwahlah jangan tak buat...untuk kesejahteraan kita di sini & di akhirat nanti.

Just DO it....

Wednesday, May 30, 2007

Kita Membayar Terlalu Mahal Untuk Merdeka


Merdeka: Suka, Duka dan Harapan Umat

Kedamaian Kepulauan Melayu menjadi tercemar akibat di jajah oleh Portugis, Belanda dan akhirnya oleh Inggeris. Sayangnya selepas bebas merdeka dari penjajah terakhir, kita semakin taksub kepada negara sendiri. Maklumlah baru dapat negara sendiri. Kita sibuk menjaga negara kita, menjaga sempadan kita. Kata negarawan bahawa bahawa kemerdekaan negara Malaya diperolehi diatas dulang emas dari penjajah Inggeris. Betulkah kata-kata ini?

Menerimanya bererti seolah-olah menafikan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan. Seolah-olah kita tidak menerima perjuangan revolusi menuntut kemerdekaan seperti berlaku di tempat lain, umpamanya di negara jiran Indonesia melawan penjajah Belanda, dan negara Algeria yang di gelar ‘Negara 1 Juta Syahid’ kerana melawan penjajah Perancis. Bagaimana perjuangan membebaskan Afghanistan dari Russia dulu dan dari Amerika dan sekutunya sekarang? Atau perjuangan membebaskan Iraq dari cengkaman Amerika dan sekutunya sekarang? Begitu juga perjuangan membebaskan Chechnya dari cengkaman Russia kini? Jangan menafikan pejuangan kemerdekaan orang lain semata-mata kerana mereka tidak mengikut seperti kita.

Ulama juga telah berperanan besar dalam menggerakkan kesedaran untuk merdeka. Perjuangan kemerdekaan bukan bermula dengan penubuhan UMNO (Asal) dalam 1946. Tetapi perjuangan kemerdekaan bermula lama sebelum itu. Apakah kita tidak sedar ketika Portugis menyerang dan menjajah Melaka, berapa banyak pemimpin dan rakyat biasa yang sanggup mati melawan orang kafir putih di atas nama jihad. Bukan sahaja orang Tanah Melayu tapi dari tetangga se agama yang turut datang membantu, contohnya dari Sumatera, Acheh, Kalimantan, Jawa dan lain-lain lagi. Begitu juga bila Belanda menjajah Melaka. Rupa-rupanya darat dan laut Melaka pernah penuh darah pejuang.

Kemudian Datuk Maharajalela di Perak; Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang; Tok Janggut di Kelantan; Haji Abdur Rahman Limbong di Terengganu; Dato’ Dol Said di Negeri Sembilan; Rosli Dhobi di Sarawak, Panglima Mat Salleh di Sabah dan ramai lagi, yang bangkit melawan kuasa penjajah Inggeris. Ini tidak pula menafikan perjuangan Rentap di Sarawak. Ini membuktikan darah pejuang merdeka pernah mengalir untuk membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah.

Ini di ikuti dengan sekadar contoh Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Helmy, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh dan Abu Bakar Bakir. Mereka bersusah-payah memimpin pertubuhan-pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin. Hatta Parti Komunis Malaya (PKM) pun, perlu juga di sebut di sini sebagai dari sudut diskusi cendiakawan terpaksa kita terima, bahawa pada awal ditubuhkan juga bertujuan untuk memperjuangkan kemerdekaan tetapi kemudiannya tersesat atau hilang punca.

Oleh kerana sikap tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan ini tidak mahu bekerjasama dan menentang habis-habisan pihak penjajah, maka mereka ditekan oleh British. Sebaliknya, UMNO, MCA dan MIC (sebenarnya mula-mula MIC memihak kepada golongan kiri) sanggup bekerjasama dan berkompromi dengan pihak penjajah. Maka itulah Inggeris merasa lebih senang dan selamat untuk menyerahkan kemerdekaan kepada Perikatan (yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC) yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman (S. Husin Ali, 2005). Keluarlah penjajah dengan gembira kerana telah meninggalkan kekuasaan negara kita di bawah anak didik mereka yang "Indian in blood and colour, but English in taste, in opinions, in morals, and in intellect" (hanya berdarah India dan berkulit hitam tapi cita rasa, pandangan, moral and kecerdikan laksana orang Inggeris) walaupun tidak pernah belajar di seberang laut.

Sebenarnya kita orang Melayu Islam terpaksa membayar harga yang terlalu mahal untuk mencapai kemerdekaan negara ini. Kita terpaksa berkongsi everything hatta kekuasaan dengan bangsa-bangsa lain yang sengaja di bawa masuk oleh penjajah Inggeris untuk kepentingan ekonomi mereka. Negara kita sebuah negara yang unik (tapi sedih) kerana telah menjadi satu-satunya negara di dalam dunia, di mana bangsa (etnik) yang berbeza berkongsi hampir segalanya. Keistimewaan yang di berikan kepada orang Melayu oleh Perlembagaan Malaysia yang telah di persetujui bersama semasa kemerdekaan itu pun mula di persoalkan oleh orang bukan Melayu. Kalaulah perunding kita dulu sewaktu berunding kemerdekaan dengan penjajah Inggeris bukannya UMNO, sudah tentu sejarah kita berbeza...

Lama-lama selepas merdeka kita terlupa kita ada perjuangan kita berteraskan ajaran Rasulullah s.a.w. Rupanya kita melupakan kehebatan dan keagungan Islam yang melepasi sempadan negara bangsa.

Mahu tak mahu kita terpaksa menerima hakikat bahawa UMNO yang memimpin negara ini semenjak merdeka menyebabkan semangat jihad kita mempertahankan Islam dan umat semakin menurun. Minda orang Melayu telah berjaya dicanai dan dibentuk menurut dan taat pada kemahuan dan kehendak UMNO/ BN dengan meninggalkan Kebenaran. Pemimpin-pemimpin UMNOlah yang selama ini bertanggungjawab, melalui pelbagai program, mengeraskan hati rakyat Malaysia dari menerima kebenaran Allah. Sebagai gantinya kita rata-rata terpesona dengan dunia yang akan pasti di tinggalkan sehinggakan ada yang sanggup mati kerananya.

Sehingga ke hari ini, UMNO mengajar orang Melayu secara tidak langsung kalau hendak senang terpaksa masuklah UMNO. Banyak peluang terbuka, sekadar contoh: rumah murah, kontraktor mendapat projek, pengagihan baja dan projek pertanian, dsbnya walaupun sebelum ini tertutup rapat kerana ‘dia bukan orang kita’. UMNO juga mengajar kaum lain, terutama China dan India supaya rapat dengan orang politik UMNO. UMNO di lihat sebagai lambang kuasa yang dapat di gunakan untuk mengaut kekayaan dan harta dengan cara yang tidak benar.

Hujungnya sifat ini yang di tanam ini sejak dari merdeka rupanya menikam diri sendiri dan membawa kepada masalah yang membarah. Kajian mutakhir mendapati secara purata 85 peratus projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera pada tahun 2006 mengalir (tiris, bocor atau bolos?) kepada kaum lain. Umumnya melihat kontraktor bumiputera sebagai hebat, terutama yang mempunyai hubungan dengan UMNO, sebagai orang kaya, tetapi sebenarnya cuma mendapat sedikit kuah tetapi towkey yang mendapat isi dan kuah yang sebenarnya di belakang mereka. Siapa yang sebenarnya menjadi lembu?

Tanpa kita mempersoalkan bahawa kebanyakan pemimpin generasi awal memang sayangkan bangsa. Mereka tidak punya masa untuk membuat harta dan kekayaan kerana sibuk membangunkan negara yang baru merdeka walaupun mereka berada di ambang kuasa. Tetapi ada di antara mereka telah meninggalkan anak-anak dan kerabat yang menyambung titisan “perjuangan ayahnya” kerana wujud peluang untuk menjadi kepemimpinan UMNO (di baca: membuat harta dan kekayaan atas nama perjuangan Melayu). Pada hal belum pernah teruji dengan semangat cintakan negara dan sayangkan bangsa selain daripada pekikan “Hidup Melayu” dan se umpamanya dalam upacara tertentu untuk di kutip oleh media massa.

Sebenarnya tidak terlalu susah untuk melihat kesalahan UMNO terhadap perjuangan bangsa dan agama kerana selama ini UMNO di ambang kuasa sejak Malaysia merdeka. Sila semak berita akhbar, laporan PDRM, BPR, SUHAKAM, buku-buku yang banyak ditulis (Jenayah Akademik UMNO, dll) dan penulisan di dalam internet atau siasat sendiri. Sikap yang perlu ada ialah: apa (subjek) yang di tulis dan di semak kepastiannya, dan bukan siapa yang menulis.

Kerana itu, siapa yang benar-benar sayangkan negara Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam tidak wajar sama sekali menyokong UMNO kini dan selamanya. Cukuplah menyokongnya dulu kerana kita mungkin memang tidak tahu. Tapi kini maklumat ada di mana-mana. Kini masanya untuk kita berubah untuk menyelamatkan umat. Perjuangan hanya berdasarkan bangsa seperti di tunjukkan oleh UMNO menyebabkan rakyat Melayu hilang keperkasaannya.

KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Rujukan:
1. Jazakallahu khairon kepada blog Penjejak Badai kerana cetusan idea.
2. S. Husin Ali. (2005). Hormati Semua Pejuang Kemerdekaan. www.malaysia-today.net/guest-columnists/2005/09/hormati-semua-pejuang-kemerdekaan.html
3. Tarmizi Mohd Jam. (2007). Melayu 'Mati Pucuk' Kerana UMNO Berlagak Pejuang Bangsa
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7033&Itemid=50

Kerajaan Adalah Khadam Rakyat

Pemimpin dan kerajaan yang memerintah sesebuah negara sewajarnya memberikan layanan terbaik kpd rakyat mereka kerana sebenarnya mereka (pemimpin dan kerajaan) akan mendapatkan manfaat yang lebih banyak daripada apa mereka berikan.

Sebenarnya pemimpin politik sebagai ketua kerajaan, tidak kira gelaran yang di pakai sama ada presiden atau pun perdana menteri, adalah begitu lemah kerana mereka memerlukan rakyat untuk menerima mereka. Sistem kerajaan yang ada sama ada monarki, monarki berperlembagaan, diktator, junta tentera, komunis, demokrasi berparlimen, republik teokratik, republik dsbnya memerlukan rakyat yang menerima kerajaan yang memerintah.

Oleh itu pemimpin politik hanya dapat memperpanjangkan usia pemerintahan mereka dari dukungan dan sokongan rakyat yang berpuas hati dengan layanan kerajaan melalui jenteranya yang ada.

Tanpa sokongan dan dukungan rakyat negara boleh menjadi kacau bilau dan hancur. Sokongan dan dukungan rakyat mungkin didapati secara buatan (artificial) melalui paksaan atau hadiah/rasuah (rewards) tertentu. Ini adalah terlalu rapuh bergantung kepada kekuatannya (intensity). Bila kekuatannya melemah akan berlaku masalah rakyat tidak mahu taat.

Apakah fungsi sesebuah kerajaan? Kerajaan sewajarnya menyediakan polisi-polisi yang boleh mendatangkan manfaat kepada rakyatnya dan pada waktu yang sama melaksanakan peraturan bagi sesiapa saja yang melanggarnya. Kerajaan sepatutnya membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Tapi seolah-olah pemimpin dalam banyak negara terlupa peranan yang sepatutnya berlaku; menolong rakyat. Nampaknya Tamak dan Kuasa semakin menguasai kerajaan dan akhirnya rakyatnya akan menderita.

Apabila sokongan dan dukungan rakyat bukan asli (real) tetapi hanya buatan, sejarah akan tetap berulang. Lihat apa terjadi, sekadar contoh, kepada Shah Iran, Marcos, Suharto, Kwame Nkrumah (Ghana), A. Milton Obote (Uganda), Jeneral Idi Amin (Uganda), Jeneral Sani Abacha (Nigeria), Wojciech Jaruzelski (Poland), Enver (Albania), Bay Doc Duvalier (Haiti), Kolonel Mengistu Haile-Mariam (Ethiopia), Slobodan Milosevic, President Nicolae Ceausescu (Rumanian), Robert Mugabe (Zimbabwe), Hissene Habre (Chad), Augusto José Ramón Pinochet Ugarte (Chile) dan Kolonel Juan Peron (Argentina). Apabila rakyat bangun menuntut hak dan keadilan yang selama ini di nafikan walaupun terpaksa berdepan polis, unit pencegah rusuhan dan tentera yang bertindak secara kasar serta menggunakan peluru hidup.

Akhirnya Shah Iran, Marcos dan Suharto dllnya tiba-tiba hilang kuasa saktinya, terpaksa berundur dengan keadaan terhina meninggalkan kehebatan dan kemewahan istana. Hujungnya sama saja: Sama ada mereka dan orang kanan serta keluarga mereka melarikan diri bersama-sama kekayaan negara atau menunggu kes-kes mahkamah kerana mereka menghadapi tuduhan-tuduhan termasuk tuduhan menyalahgunakan kekayaan negara.

Hatta polis, polis rahsia yang terkenal dan tentera yang amat di takuti suatu masa dahulu kerana sering di salah guna tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka terpaksa mundur kerana gelombang barisan rakyat sudah bangkit atau mereka bertukar ketaatan di pihak rakyat.

Oleh itu ingatlah pemegang kedaulatan tertinggi di dalam sebarang pemerintahan atau kerajaan adalah RAKYAT. Dalam istilah kita: RAKYAT HAKIM NEGARA. Kepuasan rakyat merupakan ukuran kejayaan sebuah pemerintahan mana-mana negara. Bukan dengan menakutkan rakyat melalui penyalahgunaan kuasa jentera kerajaan. Bukan juga dengan merasuah pengundi dalam pelbagai cara untuk memenangkan kerajaan sedia ada.

Di antara kerajaan dan rakyat: Siapa yang terhutang budi? Kerajaan sepatutnya sedar bahawa mereka hanya berjaya memerintah negara menggunakan kekayaan negara dan menggunakan duit rakyat! Bukan membuncitkan perut anak-beranak, kerabat serta kroni dengan harta dan kekayaan melalui cara yang tidak halal. Berkhidmat untuk Rakyat.

KEARAH DUNIA ADIL & SEJAHTERA

Rujukan: Anis Matta, Cinta Dari Ilham Akal Sehat, Tarbawi, Edisi 146 th. 8, 4 Januari 2007. Jazakallahu khoiran kerana mencetus idea.

Thursday, April 12, 2007

Bagaimana Menarik Rahmat Allah di Ambang Keruntuhan Tamadun?

Tanya kita di mana kini? Kelahiran tamadun sudah lama berlalu. Kehidupan bertamadun sudah lama berlalu. Mahu tidak mahu kena terima bahwa, mengikut Ibn Khaldun, kita sedang di ambang keruntuhan tamadun. Kalau kita tidak berbuat apa-apa, tunggulah keruntuhan itu. Sesungguhnya janji Allah itu benar dan tepat.

Cuma ingatlah bahawa tamadun yang hebat-hebat dan besar-besar pun banyak yang telah berlalu (sekadar contoh: Babilon, Rome, Greek, Aztec, Mesir Lama, Inca, Lembah India, Maya, Sumeria, Persia dsbnya) inikan pula kita. Nanti orang di masa akan datang akan terjumpa runtuhan tamadun yang pernah wujud kini.

Kalau kita tidak hendak kita di binasakan, jom kita bersama-sama berusaha menarik rahmat Allah kepada kita sekeliannya dan menolak azab Allah dengan kita mengikut Rasulullah s.a.w. iaitu dengan bersungguh-sungguh BERDAKWAH mengajak manusia mentaati Allah, Tuhan kita.

Jom kita BERDAKWAH bersama2. Together, we can do WONDERS.
Teruskan perjuangan. Jadikan dakwah perjuangan harian kita.

Kearah Dunia ADIL dan SEJAHTERA

Rujukan : Jazakallahu khoiran kepada blog Penjejak Badai kerana cetusan idea.

Monday, February 05, 2007

Girlfriend Jatuhkan Martabat & Maruah Kaum Perempuan

Tidak mempunyai teman wanita (girlfriend) adalah LEBIH SELAMAT bagi lelaki kerana boleh mengelakkan zina. Maaf kerana terpaksa menghebahkan walaupun melawan arus bahawa teman wanita (girlfriend) bukan dari budaya kita. Budaya girlfriend di mana saja hanya menjatuhkan martabat dan maruah kaum perempuan. Hanya berpegang kepada agama kita akan selamat sepanjang hidup dunia akhirat.

Ketenangan dan ketenteraman adalah milik Allah dan di kurniakan kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Jalan yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan mentaati Allah. Tidak mungkin kita mendapatnya dengan kita melakukan keengkaran kepadaNya.

Lihat saja kehidupan artis di mana jua, termasuk sayangnya artis-artis tempatan, seolah-olah dunia indah gemerlapan kehidupan milik mereka. Hidup bersama lelaki-perempuan sebagai pasangan ideal, the most loving couple pergi ke hulu ke hilir tanpa mengira langsung hukum agama. Semuanya yang indah cuma berlaku sebelum nikah pada hal jelas perbuatan itu haram.

Lepas nikah, sibuk dengan urusan cerai yang tak habis-habis. Apa ertinya ini semua? Jalan agama adalah sebaik-baik cara untuk hidup tenteram kerana Allah menguasai setiap sesuatu hatta hati manusia. Hidup ini terlalu pendek untuk bermaksiat kepada Allah. Jangan ingat kita menguasai hidup ini. Dari Allah kita datang dan Allah Maha Berkuasa.

Kearah Dunia ADIL dan SEJAHTERA

Matlamat Hidup Kita

Life without purpose is like a ship without a rudder, tossed here and there upon the sea of life. Hidup kita perlu ada matlamat.

Allah telah tetapkan matlamat di jadikan manusia ialah untuk beribadah kepadaNya. Pastikan setiap sesuatu yang kita lakukan bermula dari bangun tidur pagi sampai tidur semula pada malam hari, sepanjang hidup kita, bertepatan dengan maksud beribadah kepadaNya.

PENAWAR GOUT

Terjumpa di dalam internet bahawa:

 a) Teh misai kucing boleh mengeluarkan asid uric, penyebab gout, dari badan kita.

Caranya: Rendamkan 5-6 helai daun misai kucing di dalam air panas dan minum sepanjang hari. Pokoknya mudah tumbuh. Silalah cari dan tanam pokok misai kucing serta manfaatkan dalam minuman untuk pelbagai khasiat. 

b) Cuka epal cider atau apple cider vinegar pun baik untuk melegakan gout.

Caranya: Minum 2 sudu/malam. 

c) Minyak kelapa dara (Virgin coconut oil). 

Caranya: Minum 1 sudu besar/2 kali sehari.

Selamat mencuba. Semuanya dengan izin Allah swt. Selamat kembali kepada alami (welcome back to nature).

Tambahan

Beberapa Hadith mengenai penyakit dan galakan mengubatnya

Penyakit dan berubatlah…

Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "There is no disease that Allah has created, except that He also has created its treatment." (HR Bukhari, No. 582).  

Umm Salamah(r.a.), the wife of the Prophet(sallallahu alaiyhi wasallam) reports that he once said: "Allah has not placed a cure for your diseases in things that He has forbidden for you.'' (Reported by Baihaqi; Ibn Hibban considers this hadith to be sound. Bukhari has also related it on the authority of Ibn Mas'ud.)

Abu ad-Darda(r.a.) reported that the Prophet(sallallahu alaiyhi wasallam) said: "Allah has sent down both the malady and its remedy. For every disease He has created a cure. So seek medical treatment, but never with something the use of which Allah has prohibited.'' (HR Abu Dawood; Sahih Bukhari).

Narrated Usamah ibn Sharik: I came to the Prophet (peace_be_upon_him) and his Companions were sitting as if they had birds on their heads. I saluted and sat down. The desert Arabs then came from here and there. They asked: Apostle of Allah, should we make use of medical treatment? He replied: Make use of medical treatment, for Allah has not made a disease without appointing a remedy for it, with the exception of one disease, namely old age. (Sunan Abu-Dawud, No. 3846).

Narrated AbudDarda: The Prophet (peace_be_upon_him) said: Allah has sent down both the disease and the cure, and He has appointed a cure for every disease, so treat yourselves medically, but use nothing unlawful. (Sunan Abu-Dawud, No. 3865). 
 

Kita berusaha dan berdoa, semoga Allah sembuhkan.

(Ya Tuhanku) Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah TUhan yang Maha Penyayang dan diantara semua penyayang. [Surah Al-Ambiya': 83]



  


Minta terus kepada Allah

Kalau kita inginkan apa-apa saja di dunia dan akhirat, asalkan halal, kita perlu minta/berdoa terus kepada Allah swt kerana sesungguhnya Allah swt memiliki segala suatu. Lagi banyak kita minta, lagi dekat kita denganNya.

Kalau semua manusia dari manusia yang pertama yang di ciptakan Allah swt iaitu Nabi Adam hinggalah manusia yang terakhir di kurniakan setiap apa yang di minta, Allah swt tidak bangkrap pun kerana khazanah Allah swt luas tidak terhingga.

Orang yang rugi ialah orang yang tidak mahu meminta kepadaNya.

Thursday, January 04, 2007

Apakah kita tidak jemu-jemu mengikut saja?

Sudah lama kita orang Islam menjadi bidak di papan catur musuh kita dan mengikut polisi perancangan penjajah pecah dan perintah (divide and rule) dan hasilnya kita menjadi umat yg lemah dari pelbagai sudut yang saling di permainkan musuh.

Apakah kita tidak jemu-jemu mengikut (atau menjadi pengikut) saja? Kenapa kita tidak berusaha supaya kitalah yang memimpin dunia ini. Jadikan ia sebagai sasaran dan persiapkan usaha kearah itu.

Sesuatu bangsa yang bermaruah, yang betul-betul hebat, tidak wajar mengikut telunjuk MUSUH. Tidak ada masa depan kepada orang yang hanya mengikut saja apa kata musuh.

Dengan Islam yang ada pada kita kita boleh menjadi pemimpin dunia yg ADIL. Cukuplah dengan putar-belit musuh yang selama ini menjadikan kita laksana rajawali dalam sangkar emas.

Kita sewajarnya menetapkan agenda dunia kerana kita lebih tahu makna ADIL.

Tapi semuanya hanyalah ANGAN-ANGAN kalau kita tidak mengamalkan Islam sebagai cara hidup lengkap yang terbaik. Ingat : No East, No West, Islam is the Best Ever....

Kearah Dunia ADIL dan SEJAHTERA melalui Islam.

Jangan jadi DAYUS bila tidak melaksanakan tanggungjawab kita

Peringatan untuk kita semua: Jangan hanya seronok bila ada dan dapat isteri cantik dan/atau perempuan cantik dibawah tanggungjawab atau jagaan kita. Jaga-jaga, jangan menjadi DAYUS menurut pandangan pakar agama bila tidak melaksanakan tanggungjawab kita kerana kita redha dengan maksiat yang mereka lakukan.

Mengikut tafsiran fuqaha', lelaki yang membenarkan perempuan dibawah tanggungjawab atau jagaannya melakukan maksiat/bergaul bebas, atau memperlihatkan kecantikan mereka kepada lelaki bukan muhram sehingga menggoda hawa nafsu mereka adalah lelaki yang DAYUS.

Syarah Sunan An-Nasaie: Dayus itu ialah lelaki yang tiada ghirah (perasaan cemburu) terhadap ahli keluarganya.

Dayus menurut ulama' ialah "Seorang lelaki yang lemah perasaan cemburu (sensitif terhadap maksiat), ia membezakan diantara seorang Islam dari yang lain, dari orang kafir dan dayus yang membenarkan kelucahan dan perkara yang tidak bermoral keatas keluarganya"

Imam Al-Zahabi didalam bab "membenarkan kelucahan keatas ahli keluarganya" mengkelaskan dayus sebagai salah satu dari dosa-dosa besar.
Membenarkan ahli keluarga melakukan maksiat, misalnya tidak menutup aurat, melakukan zina, menonton filem lucah dan sebagainya adalah merupakan sifat-sifat orang dayus. Dengan kata lain, dia langsung tidak mempunyai perasaan cemburu keatas ahli keluarganya diatas maksiat yang mereka lakukan.
Pendayus/lelaki yang dayus akan mendapat balasan di akhirat yakni tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan melihat mereka pada hari qiyamat, dan dosanya setaraf org yg menderhaka kepada kedua ibu bapa (Az-Zahabi, Kitabul Kaba'ir).

Dari Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 3 jenis manusia yg Allah haramkan mereka masuk ke syurga iaitu peminum khamar, penderhaka kepada ibubapa dan pendayus yang membenarkan ahli keluarganya melakukan maksiat (Hadith riwayat Imam Ahmad).

Dari Abdullah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: 3 orang tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan memandang mereka penderhaka kpd kedua ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus (Hadith riwayat Imam Ahmad).

Dari Abdullah dari ayahnya berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Allah `Azza wa jalla tidak melihat 3 golongan di hari qiyamat iaitu penderhaka kpd kedua ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus (Hadith riwayat An-Nasaie).

Dari Abu Hurairah ra., sabda Nabi saw : Sesungguhnya Allah cemburu dan orang mukmin juga cemburu, sesungguhnya cemburu Allah didatangkan kepada orang mukmin dengan apa yang diharamkan keatasnya (hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang tidak ada perasaan cemburu keatas apa yang Allah larang keatas orang dibawah jagaannya dikatakan seorang yg dayus. Mereka disifatkan tidak mempunyai perasaan sensitif langsung dengan hukum-hukum moral dalam syariat Islam yg seharusnya dijaga keatas ahli-keluarganya.

Jaga-jaga, di dalam kita berseronok suka dengan isteri, jangan jadi DAYUS di sisi Allah.

Rujukan: tabirhati http://s7.invisionfree.com/Kampung/ar/t2103.htm

Kearah Dunia Adil & Sejahtera

Wednesday, December 13, 2006

Dia & Kau

Bukan aku menolakmu
Bukan
Tapi berikan aku masa
Untuk mengenali & mencintai Dia
Kerana aku tahu
Engkau tanpaNya
Adalah tipu-daya semata-mata

Mungkin esok
Mungkin
Kita bisa ketemu
Kerana kini
Aku mahu mencintaiNya
Sebelum ku mencintaimu

Hidup ini tidak sampai sampai kemana
Laksana musafir
Berjalan & berhenti
Dan berjalan lagi
Untuk berhenti
DisisiNya jua

Akhirnya
Kau memang bukan untuk ku kini
Kerana aku lebih senang denganNya
Dengan cintaku padaNya
Cinta pada yang lain datang sendiri
Oh dunia

(kenangan the promenade, sa1 6en)

Friday, December 08, 2006

Peringatan 18 Tahun Syahidnya Abdullah Azzam: Teroriskah Simbol Jihad Afghanistan itu?

24 November, 18 tahun Islam. Seorang tokoh pejuang Islam menghadap Allah swt dengan begitu indahnya. Syaikh Abdullah Azzam, siapa yang tidak pernah mendengar nama itu? Hampir setiap Muslim yang memperhatikan kondisi dunia Islam di tahun 80-an pasti mengenal nama dan sosok Abdullah Azzam dengan baik.

Dia adalah simbol jihad Afganistan saat mengusir pasukan beruang merah Rusia. Dan kini, hampir 18 tahun berlalu, namanya masih lekat dikenang dalam hati para pejuang Islam di dunia. Meski, label gembong teroris juga dikaitkan dengan namanya, namun siapapun yang mengetahui kondisi perjuangan jihad Afganistan ketika itu, tak pernah terbetik sedikitpun bahwa Abdullah Azzam adalah seorang teroris. Bahkan sebaliknya, ia adalah pejuang sejati yang begitu tinggi kasih sayangnya kepada kaum Muslimin.

Beberapa waktu lalu, sejumlah tokoh mengingatkan tentang peringatan syahidnya tokoh jihad Afganistan itu. Salah seorang muridnya yang kini tinggal di Mesir, bercerita tentang Abdullah Azzam, saat beliau sedang melakukan perkemahan. Pada suatu acara semua yang mengikuti mukhayyam itu di perintahkan oleh komandan lapangan. “Kalian berlarilah mengelilingi lapangan ini sebanyak yang kalian bisa,” ujar komandan lapangan.

Semua peserta perkemahan berlari. Namun setelah beberapa putaran, sudah ada yang menyerah, dan mereka yang menyerah beralasan bahwa “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (2: 286), inilah yang saya mampu”,

Begitu pula orang-orang yang menyerah selanjutnya, mereka selalu beralasan dengan ayat ke 286 di surat Al-Baqarah tersebut, dan yang sisa pun semakin banyak yang menyerah, sampai tinggal Abdullah Azzam sendiri, beliau terus berlari mengelilingi lapangan tersebut, sampai akhirnya beliau pingsan.

Dan setelah sadar beliau ditanya oleh komandan lapangan “ Mengapa anda berlari sampai pingsan begini, kan sudah saya bilang bahwa anda berlari semampu anda”, lalu Abdullah Azzam menjawab “inilah yang saya mampu, sesuai yang anda perintahkan“

Yang dimaksud oleh Abdullah Azzam adalah makna sebenarnya dari “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”, bahwa perintah harus dijalankan sesuai isinya. Di sisi lain, upaya apapun harus dilakukan dengan upaya yang optimal di batas kemampuan seseorang. Itulah salah satu pelajaran yang diberikan Abdullah Azzam.

Komitmen Kuat Berjihad

Abdullah Azzam dilahirkan di sebuah kampung di Utara Palestina yang dikenal sebagai Selat al-Harithia di daerah Genine pada tahun 1941. Ayahnya bernama Mustaffa yang meninggal dunia setahun selepas pembunuhan anaknya. Ibunya bernama Zakia Saleh yang meninggal dunia setahun sebelum Sheikh Abdullah Azzam dibunuh.

Abdullah Azzam berasal dari keluarga yang baik latar-belakang keagamaannya. Keluarganya gembira mempunyai anak lelaki, Abdullah Yusuf Azzam, yang sudah terlihat istimewa di kalangan kanak-kanak lain dan telah aktif berdakwah pada usia yang muda. Rekan-rekannya mengenali Azzam sebagai seorang yang wara dan sangat hati hati dengan dosa. Ia menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan pada usia muda. Guru-gurunya melihat keistimewaan ini sejak Azzam masih duduk di bangku sekolah. Abdullah Azzam masuk dalam organisasi al-Ikhwan-ul-Muslimin sebelum mencapai usia baligh.

Sheikh Abdullah Azzam telah dikenal karena ketabahan dan sifatnya yang sungguh sungguh sejak kecil. Ia menerima pendidikan awal peringkat sekolah dasar dan menengah di kampung sebelum meneruskan pendidikan di College Pertanian Khadorri sampai tingkat Diploma. Walau merupakan pelajar termuda di kalangan teman-temannya, Abdullah Azzam adalah murid yang paling cerdas. Setelah menamatkan pendidikan di College Khadorri ia bekerja sebagai seorang guru di sebuah kampung bernama Adder di Selatan Jordan. Kemudian beliau meneruskan pendidikan di college Shariah di universitas Damaskus sehingga memperoleh Ijazah B.A. dalam Shariah pada 1966. Setelah pihak Yahudi mendudduki Tepi Barat pada tahun 1967, Abdullah Azzam muda hijrah ke Jordan, karena ia tidak mau tinggal di bawah penjajahan Yahudi di Palestina. Pengalaman melihat tank-tank Israel bergerak masuk ke Tepi Barat tanpa ada hambatan meningkatkan tekadnya untuk hijrah dan belajar mendapatkan kemampuan untuk perang.

Tahun 1960-an ia ikut dalam Jihad menentang penjajahan Israel di Palestina dari Jordan. Ketika itu juga ia menerima Ijazah Master di dalam bidang Shariah dari Unversitas al-Azhar. Pada tahun 1970 sesudah Jihad terhenti karena kekuatan PLO dipaksa keluar dari Jordan, Abdullah Azzam menjadi seorang pensyarah di universitas Jordanian di Amman. Pada tahun 1971 ia dianugerahkan biasiswa ke Universitas al-Azhar di Kairo sampai ia memperoleh Ijazah doktor di dalam bidang Ushul al-Fiqh pada 1973. Ketika di Mesir itulah, ia telah berkenalan dengan keluarga Sayid Quthb, keluarga tokoh perjuangan Islam di Mesir.

Pada tahun 1979 ia meninggalkan universitas berpindah ke Pakistan untuk ikut serta dalam Jihad Afghanistan. Di sana ia berkenalan dengan pemimpin-pemimpin Jihad. Awal kedatangannya di Pakistan, ia dilantik sebagai pensyarah di universitas Islam internasional di Islamabad. Setelah beberapa waktu lamanya, kemudian beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari tugas universitas untuk memfokuskan seluruh waktu dan tenaganya kepada Jihad di Afghanistan.

Abdullah Azzam sangat banyak dipengaruhi oleh Jihad di Afghanistan dan Jihad di Afghanistan juga sangat banyak dipengaruhi Abdullah Azzam sejak beliau memfokuskan seluruh waktunya untuk Jihad. Ia menjadi seorang yang disegani di arena Jihad Afghanistan. Ia menumpahkan seluruh daya usaha untuk menyebarkan dan mengenalkan Jihad di Afghanistan ke seluruh dunia. Ia mengubah pandangan umat Islam tentang Jihad di Afghanistan dan menyadarkan bahwa Jihad adalah tuntutan Islam yang menjadi tanggung jawab semua umat Islam di seluruh dunia. Berkat hasil usahanya, Jihad Afghan menjadi Jihad universal yang diikuti oleh umat Islam dari berbagai pelosok dunia.

Abdullah Azzam bahkan menjadi idola generasi muda yang menyahut seruan Jihad. Pernah ia berkata, "Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun, 7 setengah tahun di Jihad Afghan, satu setengah tahun di Jihad Palestina dan tahun-tahun yang selebihnya tidak bernilai apa-apa."

Ia juga melatih keluarganya dengan pemahaman dan semangat yang sama. Isterinya terlibat dengan kegiatan penjagaan anak-anak yatim di Afganistán. Ia sendiri menolak tawaran pekerjaan sebagai pensyarah dari beberapa buah universitas sambil berikrar bahwa ia tidak akan meninggalkan Jihad sehingga gugur syahid. Ia juga selalu mengatakan bahwa tujuan utama dan cita-citanya adalah untuk membebaskan Palestina.

Terbunuh Saat Hendak Sholat Jumat

Tentu saja komitmen yang begitu tinggi pada Islam menimbulkan keresahan di kalangan musuh-musuh Islam. Mereka bersekongkol untuk membunuh beliau. Pada tahun 1989, sebuah bom diletakkan di bawah mimbar yang ia gunakan untuk menyampaikan khutbah Jumat. Bahan letupan itu sangat berbahaya dan ledakannya akan memusnahkan masjid tersebut bersama dengan semua benda dan jamaah di dalamnya. Tetapi dengan perlindungan Allah, bom tersebut tidak meledak dan ratusan orang Islam selamat.

Musuh-musuh Islam terus berupaya membunuh Abdullah Azzam. Pada hari Jum’at, 24 November 1989 di Peshawar, Pakistan, mereka telah menanam tiga buah bom di jalan yang sempit. Abdullah Azzam meletakkan keretanya di posisi bom pertama dan kemudian berjalan ke masjid untuk shalat Jum’at. Bom pun meledak dan Abdullah Azzam gugur bersama dengan dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, beserta dengan anak lelaki al-marhum Sheikh Tamim Adnani (pejuang di Afghan).

Ledakan bom seberat 20kg TNT dilakukan dengan alat kontrol jarak jauh. Setelah ledakan kuat itu itu orang-orang keluar dari masjid dan melihat keadaan yang mengerikan. Hanya bahagian kecil dari mobil tersebut yang kelihatan. Anak Abdullah Azzam, Ibrahim, terpental 100 meter; begitu juga dengan dua orang anak-anak lagi. Serpihan mayat mereka bertaburan di atas kabel-kabel elektrik.

Tubuh Abdullah Azzam ditemukan bersandar pada sebuah tembok, dalam keadaan sempurna dan tiada luka atau cedera kecuali sedikit darah yang mengalir dari bibirnya. Seperti itulah akhir kehidupan seorang Mujahid di dunia ini dan insya-Allah kehidupannya akan terus berlanjut di sisi Allah swt.Abdullah Azzam dikebumikan di Tanah Perkuburan Shuhada Pabi di mana beliau menyertai ribuan para syuhada. (na-str/ikhol)

N.B Kita bagaimana? Jom sama-sama kita berdakwah...

Punca: http://www.eramuslim.com/news/lpk/4573d083.htm dengan sedikit pembetulan istilah.

Tuesday, October 17, 2006

Kesungguhan Berpuasa

Kesungguhan berpuasa menunjukkan kita mampu menjadi hamba yang taat kepada Allah dalam seluruh kehidupan kita.
Agak pelik sekiranya kita tidak mahu menjadi hamba Allah yang taat padahal kita bersungguh berpuasa.

Wednesday, October 11, 2006

SAYURAN SEGAR DAN IKAN MELALUI AKUAPONIK



Anda dan keluarga sukakan sayuran segar sepanjang tahun serta suka memperolehi berkilo-kilo ikan? Caranya mudah saja iaitu melalui akuaponik. Anda cuma perlu peruntukkan masa 5 minit sehari untuk berladang cara akuaponik walaupun dengan pakaian yang anda pakai ke pejabat. Tidak perlu mencangkul, merumput, menggembur dan membongkok atau duduk lama yang menyiksa badan. Sistem akuaponik tidak menggunakan sebarang racun rumpai dan racun serangga. Juga tidak perlu bimbang untuk menyiram sayuran setiap hari. Anda hanya memberi makan kepada ikan lalu menyebabkan anda mendapat sayuran dan ulam segar.

Akuaponik (aquaponic atau aquaponics) adalah gabungan berternak atau memelihara ikan dan sekaligus menanam sayuran menggunakan air tanpa menggunakan tanah. Ikan air tawar yang anda suka (contohnya ikan tilapia, ikan keli, ikan emas, ikan koi atau udang galah dll) boleh di ternak atau di pelihara di dalam kolam atau tangki.

Kehadiran ikan dalam kolam@tangki ikan akan menyebabkan air menjadi beracun/toksik kepada ikan. Dalam sistem akuaponik, air kumbahan dari kolam ikan akan di sedut sebagai pupuk@baja menggunakan pam ke dalam ruang tanaman yang terdiri dari kerikil yang di tanam dengan pelbagai jenis sayuran, herba atau pokok bunga hias.

Kehebatan Allah menjadikan bakteria nitrosomas and nitrobactor untuk menukarkan air kumbahan menjadi baja kepada tanaman dan sekaligus membersihkan air yang kemudiannya di alirkan ke kolam ikan menggunakan graviti (di sebut air terjun buatan) yang sekaligus memperkayakan kandungan oksigen dalam air. Proses yang berlaku menyebabkan air menjadi bersih dan di kitar untuk kegunaan ikan.

Bahan mudah untuk membina sebuah sistem akuaponik anda adalah:
1. Kolam di dalam tanah atau atas tanah menggunakan kok konkrit (precast concrete ring dengan lantai), tangki PVC atau kaca gentian
2. Paip PVC dan bahan kerja paip yang bersangkutan
3. Bekas tanaman sebesar mungkin daripada pvc, plastik atau kaca gentian di atas pelantar yang sesuai
4. Pam akuarium yang sesuai.

Lubang-lubang kecil perlu di tebuk pada paip PVC untuk membolehkan air daripada kolam ikan keluar mengairi ruang tanaman yang di isi dengan kerikil.

Perhatian: Nisbah isipadu air tangki ikan : kerikil dalam bekas tanaman = kira-kira 1.3 : 1.

Akuaponik adalah sesuai untuk sebarang saiz berdasarkan kreativiti anda samada di amalkan sebagai hobi untuk manfaat sendiri dan keluarga, untuk pelajar tadika atau sekolah rendah/menengah memahami sains mengenai ekosistem mini yang mengaitkan hubungan rapat dan berterusan diantara ikan, bakteria dan sayuran; pertubuhan kebajikan contohnya rumah anak yatim, pusat serenti; dan untuk kegunaan komersial.

Anda dan keluarga akan terpegun melihat kehebatan Allah menjadikan ekosistem ikan, air, bakteria dan sayuran yang saling membantu untuk kesejahteraan manusia. Wajar benar kita mentaati Allah dalam hidup yang sementara ini. Selamat memetik sayuran segar dan ikan. Berkongsilah ilmu, sayuran dan ikan dengan jiran anda.

Kearah Dunia Adil & Sejahtera

PESANLAH KEPADA ANAK-ANAK TERSAYANG

Kita tertanya-tanya: Apa yang hebat sangat tentang agama-agama lain sehingga sanggup keluar Islam? Adakah agama lain yang lebih hebat, benar dan betul dari Islam…sehingga sanggup murtad dari Islam?

Seolah-olah wujud gerakan sulit terancang untuk memurtadkan ummat Islam terutamanya anak Islam kesayangan kita dengan pelbagai cara terutama melalui budi, cinta dan kahwin. Lantas semudah itu Islam di korbankan.

Apakah segunung kasih dan selaut budi yang di terima dari kenalan atau kekasih yang kafir itu MELEBIHI kasih sayang ibu bapa sejak sebelum di lahirkan, sewaktu bayi dan sewaktu membesar kanak-kanak…..serta kasih sayang Allah menghidupkan kita dan mengurniakan kita segala-galanya.

Ingatlah KEBENARAN hanya satu bukan dua atau tiga… Berpeganglah kepada TRUTH (kebenaran) sampai mati dan sampaikan kepada kawan-kawan keliling kita. Carilah KEBENARAN dengan banyak membaca buku, mengkaji Al-Quran banyak berbincang dengan pakar.

Kita sebagai ummat Nabi terakhir mesti berdakwah kepada orang kafir di mana saja. Melalui dakwah, sudah ramai kafir menjadi muslim saudara kita. Melalui dakwah juga, orang Islam bertambah baik iman dan amal mereka. Tanpa dakwah, tiada apa yang boleh menyelamatkan kita dari neraka di akhirat.

Oleh kerana kita terleka dan tidak berdakwah menyebabkan kesesatan dan kebatilan di pandang sebagai kebenaran. Kita orang Islam sepatutnya meneruskan berdakwah kepada kebenaran Islam. Sejarah mengajar kita hanya dengan dakwah kebenaran sahaja akan mengalahkan kesesatan dan kebatilan. Orang Islam kena ingat dakwah Islam sangat penting untuk survival umat termasuk diri kita dan keluarga.

Jom teruskan dakwah, selamatkan semua orang termasuk semua yang di sayangi.

Kearah Dunia Adil & Sejahtera

Monday, September 04, 2006

Apa yang boleh kita pelajari dari Peperangan Lubnan 2006?

Peperangan Lubnan 2006 telah memberikan dimensi baru kepada masyarakat dunia mengenai rejim Zionis Israel.

Rejim Zionis yang selama ini dilihat sebagai kuasa terhebat di rantau Asia Barat lewat kejatuhan Iraq, kini tidak lagi digeruni oleh lawan-lawan mereka. Tentera "keempat" terkuat di dunia yang mereka miliki ternyata tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Hizbullah yang mempunyai kelengkapan persenjataan yang jauh lebih lemah daripada mereka.

Peperangan tersebut juga telah membuktikan kepada kita bahawa angka yang besar tidak semestinya hebat, tetapi PERSIAPAN, STRATEGI, DISIPLIN, PERANCANGAN, KEIMANAN YANG TINGGI dan JAYA JUANG YANG TIDAK KENAL HENTI, ITULAH FORMULA KEMENANGAN. Hizbullah telah membuktikannya, dan mungkin kita juga bakal menyaksikan perkara yang sama di bumi Palestin pula.

Bak kata Syed Hassan Nasrullah: "Israel which has both nuclear weapons and the strongest air force in the region, is weaker than a spider's web"

Benarlah maksud firman Allah: Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiayai (dirugikan)(Qur'an, Al Anfal:59).

Dan benarlah maksud firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (Qur'an, Ali Imran:200).

Kita hanya perlu lakukan yang terbaik dan termampu dari segi PERSIAPAN, STRATEGI, DISIPLIN, PERANCANGAN, KEIMANAN YANG TINGGI dan JAYA JUANG YANG TIDAK KENAL HENTI. Jom kita laksanakannya bersama-sama.

Sumber: Maszlee Malik, Menyingkap rahsia kekuatan Hizbullah, http://palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1247