Kenangan BERSIH
Bismillah,
Ketika lari dari siksaan bom pemedih mata, orang India di sebelahku memberi air mineral
untuk disapu ke muka manakala orang Cina berdekatanku memberikan sedikit garam untuk
dikemam di dalam mulut. Sementara itu, orang Melayu sibuk menenangkan keadaan di
samping meminta kami berzikir dan berselawat banyakbanyak. -via peserta Bersih!
P/s: *Sudah turun dengan selamatnya* , Thanks Malaysian ! You're the best ! Proud to be
Aku dah babah sampai Kuala Lumpur pada jumaat malam. Secara tidak sengaja, dalam
perjalanan kami ke Quality Hotel, kami melalui Dataran Merdeka yang mana sudah penuh
dengan peserta bersih juga 'SB' (Special Branch) . Ha Ha . Bak kata peribahasa 'melayu'
menyeluk perkasam biar sampai ke lengan. Alang-alang sudah terhidang, peluang jangan
dilepaskan!
Setelah check-in, kami bergegas turun semula untuk menyertai pra-bersih 3.0. Tidak jauh
dari hotel tempat kami menginap. Hanya mengambil masa lebih kurang 10minit berjalan,
melalui SOGO, DBKL dsb.
Saja ingin melihat kenapa malammalam begini sudah penuh dengan pesertapeserta bersih.
Rupa-rupanya, pasukan polis sudah memagari kawasan dataran merdeka. Bilangan polis
ini juga tidak kurang hebatnya. Ramai juga. Kagum sebentar dengan semangat kerjasama
peserta bersih yang menjadi 'polis trafik' sebentar.
Keesokan harinya, 28 April 2012. Bersih 3.0. Babah mungkin akan join lewat sedikit
kerana ada kelas di xxx, xxxx. Jadi, mungkin aku akan keseorangan. Yang penting, cuba
cari kawankawan, jaga diri, dan sentiasa dekat dengan crowd.
Pukul 11:30 am aku turun padang. Berjalan kaki, menggalas beg deuter merah, memakai
jeans biru, kasut vans biru berjalur kuning, berbaju hitam. Senang cerita, bukan gaya seorang
peserta bersih yang begitu semangat menguningkan diri. Ha Ha. Berjalan kaki melalui SOGO
hingga ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Di Jalan Tunku Abdul Rahman, sempat berjumpa beberapa orang sahabat. Ada yang aku
perasan dari jauh sahaja.
Paling aku bersyukur adalah dapat merasa kepedihan bom pemedih mata dan dapat
melalui saatsaat genting melarikan diri dari FRU dan polispolis. Terpaksa terjun dari
tempat tinggi semata-mata untuk mengelakkan diri ini dari terus tersiksa dengan keperitan
bom pemedih mata itu. Ha Ha.
Saat-saat genting itu adalah apabila semua crowd terpaksa melarikan diri, berhimpit-himpit,
bersempit-sempit, saling tolak-menolak kerana sudah tidak tahan dengan azab bom pemedih
mata tersebut. Mata berair, hidung rasa pedih-pedih, dan telinga dihidang dengan jeritan
dan teriakan anak-anak kecil yang turut sama-sama dalam Bersih ini.
Ya, mungkin ada yang kata Bersih ini tiada manfaat. Bersih ini B**** dan sebagainya
Yang ke arah tidak setuju dengan perhimpunan ini.,hmm itu pilihan dan pendapat anda.
Akan tetapi, percayalah. Siapa yang turut padang, akan dapat merasai betapa 'manisnya
ukhuwwah' antara kami. Persaudaraan/ukhuwwah kami tidak terbatas kepada sesuatu
kaum sahaja namun universal. Ha Ha.
Persaudaraan kami ke arah saling bantu-membantu antara satu sama lain. Tiada pentingkan
diri sendiri! Secara jujurnya, aku kagum dengan semua kaum. Orang Melayu, orang Cina,
orang India, juga bangsa-bangsa yang lain. Buat pengetahuan anda, aku melihat ramai juga
'matsaleh-minahsaleh' yang menyertai perhimpunan ini. Barangkali, mereka juga turut sedar
akan perihal politik di Negara kita. okay,stop
akan perihal politik di Negara kita. okay,stop
Ada juga yang terpaksa samasama melarikan diri dari bom pemedih mata dan juga terjun
dari tempat tinggi untuk menyelamatkan diri. Saat beliau (matsaleh) ini turun dari tempat tinggi,
terdapat orang Melayu, orang Cina, orang India, juga orang Sikh yang samasama menolong
untuk memastikan beliau dapat turun dengan selamat!
Di saat polis-polis hanya melihat dan terus melontarkan bom pemedih mata kepada rakyat
yang patut dijaga keselamatannya, kami terpaksa berhempas-pulas, berganding bahu, untuk
menyelamatkan seorang demi seorang. Tapi, ketika itu aku hanya ambil gambar . Apapun, aku percaya masih banyak lagi polispolis Negara kita di luar sana yang berhati mulia (:
Ketika lari dari siksaan bom pemedih mata, orang India di sebelahku memberi air mineral
untuk disapu ke muka manakala orang Cina berdekatanku memberikan sedikit garam untuk
dikemam di dalam mulut. Sementara itu, orang Melayu sibuk menenangkan keadaan di
samping meminta kami berzikir dan berselawat banyakbanyak. -via peserta Bersih!
P/s: *Sudah turun dengan selamatnya* , Thanks Malaysian ! You're the best ! Proud to be
with all of you. Buat segelintir rakyat Malaysia yang tidak menyokong BERSIH, aku hanya mampu tersenyum (:Memang benarlah, Ukhuwwah Teras Kegemilangan. Jom bersihkan
diri, hati, jiwa dll).Till then...
No comments:
Post a Comment