Bercouple/cinta dulu..dari pemerhatian rambang..biasanya akan mendekati zina dan berzina..sekali atau berkali-kali dan hujungnya ada minimum dua kemungkinan:
1. pihak perempuan akan ditinggalkan oleh lelaki setelah 'menyedut' kemanisan sama ada perempuan MENGANDUNG atau pun TIDAK...kerana setiap lelaki akan faham bahawa TERBUKTI perempuan yang dizina tidak menyayangi diri sendiri & amat besar bahaya sekiranya lelaki itu mengambilnya sebagai isteri. Kerana maruahnya sudah tercemar, dan tidak pelik ia akan mengulanginya lagi kepada lelaki laki lain. Dan pasangan lelaki...yg tadinya HERO zina akan secara perlahan2 menghilang laksana illusionist David Copperfield dan HEROIN zina akan merasa kesan pahit dari membenarkan dirinya di ratah oleh lelaki yang bukan suami yang sah. Dlm hal ini, wajar faham PEMIKIRAN LELAKI, biasanya perempuan yang tak pandai jaga diri, tidak layak menjadi isteri yg baik untuk mendidik anak-anak nanti. Perempuan sebegini cuma layak sebagai alat berseronok suka. Biasanya lelaki akan memilih perempuan lain yg boleh menjaga diri bila hendak bernikah supaya rumah tangga lebih terkawal.
2. akan menikah dengan HERO yang telah berzina dengannya...ATAU yang sedihnya akan cepat-cepat mengaturkan pernikahan dengan lelaki lain yang INNOCENT bila dia mula hamil dari zina dengan lelaki lain. Ini kes ZINA, ANIAYA dan sekaligus MENIPU. Semuanya bermula bila perempuan tak sayang kepada dirinya lantas mengizinkan dirinya di ZINA laksana binatang.
Ingatlah Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mengadili. Pengalaman hidup menunjukkan sesiapa yang bemaksiat kepada Allah akan dikejar oleh bayangan hitam dosa sepanjang hidup. Kesian ye. Ingatlah bahawa seronoknya bermaksiat hanya sekejap @ sebentar. Kita semua, tanpa kecuali akan menghadap Allah bersendirian di akhirat nanti untuk dipertanggungjawabkan terhadap semua amal kita sewaktu hidup di dunia.
Ingatlah bahawa SELAMA2NYA jalan yg paling selamat untuk setiap manusia mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ialah dengan mentaati perintah Allah cara Rasulullah SAW. Tidak ada jalan lain.
Carilah kebenaran dan tegakkannya dalam hidup ini. Jadilah pencinta kebenaran. Juga sampai-sampaikan kebenaran kepada orang lain. Selamatkanlah orang lain juga. Wallahu a'lam.
memperkatakan mengenai jiwa kita yang merdeka supaya terus dan tetap merdeka :: dealing on the freedom of mind & soul so that they will be free forever
Thursday, March 01, 2012
Cinta Selepas Kahwin atau Cinta Sebelum Kahwin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment