Kasihan Firaun yang tertipu dengan kekuasaannya (terdiri dari pembesarnya, tenteranya yang ramai dan kuat, ahli-ahli sihir) sanggup membunuh ramai rakyatnya dan juga isteri kesayangannya, Asiyah kerana tidak mengikut perintahnya. Firaun mahu rakyat mengakui dirinya sebagai Tuhan.
Akhirnya Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya, Bani Israel. Firaun telah mati lemas di Laut Merah. Dan mayatnya kini hanya jadi salah sebuah barangan pameran di Muzium Mesir. Dari seorang raja, memaksa rakyatnya mengakui dirinya sebagai 'Tuhan'. Rupanya 'Tuhan' paksaan ini mati lemas bila berdepan dengan air Laut Merah ciptaan Allah, Tuhan Yang Sebenar, Yang Kekal Selama-lamanya.
Sesungguhnya Firaun bukan Tuhan yang Menjadikan Alam ini. Benarlah keimanan isterinya Asiyah, Mashitah dan lain-lain yang beriman dan mempertahankan keimanan kita bahawa hanya Allah sebagai Tuhan kita. Allahu Akbar.
No comments:
Post a Comment