Negara kita adalah negara politik. Serba serbi dibuat oleh memenangkan parti yang ada. Itulah kelebihan yang ada oleh parti yang memerintah, terutama oleh parti yang memerintah negara, yang menguasai Putrajaya, menjadi kerajaan persekutuan. Tidak pelik kalau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dianggap sebagai rasuah BN/UMNO untuk pilihanraya yang akan datang. Kerana memang rasuah gaya hidup UMNO.
Sayang seribu kali sayang kerana BN/UMNO tidak kisah untuk mendidik rakyat mempertahankan prinsip dan berjiwa merdeka. Rakyat sudah tahu benar-benar bahawa pemimpin negara akan berpusing keliling negara merasuah pengundi dengan wang. Kalaulah ada negara yg boleh memberi rakyat wang yang lebih BANYAK...takut nanti kita jual negara. Ini boleh berlaku kerana segalanya yang ada mengajar rakyat mencari wang yang lebih.
Sampai bila tahap politik kita akan mengangkasa? Tak mungkin kita menjadi negara MAJU sekiranya RASUAH membelit hidup kita. Fikir-fikirkanlah. Jangan sampai anak, cucu dan cicit akan menyesal mengapa kita tidak berjiwa pahlawan, berjiwa merdeka. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment