1. Untuk Menyelamatkan Diri Daripada Azab Allah
Firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمْ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُوْلَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
Ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiayai diri sendiri,(kepada mereka) malaikat bertanya: Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab: Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah). Para malaikat berkata; “Bukankah bumi Allah itu luas sehingga kamu dapat berhijrah ke bumi itu? 0rang-orong itu ditempatnya di neraka Jahannam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali." (An-Nisa`: 97)
Ayat ini ditujukan kepada orang yang tinggal di daerah kafir sedang ia mampu berhijrah ke daerah lain. la dikira telah menzalimi diri sendiri jika terus tinggal di daerah itu tanpa melaksanakan aiaran Islam.
Oleh itu, jika tiada ada sebuah pun negara yang melaksanakan syariat Islam bagi seseorang Muslim itu berhijrah kepadanya, maka tiada ada pilihan lain bagi Muslim tersebut melainkan dengan melaksanakan dakwah untuk merubah masyarakatnya tersebut.
Firman Allah:
وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُون فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنْ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ
ُErtinya:"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “ Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat besar ? Mereka menjawab: `Agar kami mempunyai alasan (pelepas tangunggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.`Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbutan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq.” ( Al-A`raf: 164-165)
Ayat di atas menjelaskan bahawa melaksanakan dakwah walau masyarakat telah bergelumbang dengan maksiat dan kemungkaran tetap menjadi tanggungjawab seseorang muslim. Tindakan ini menjadi alasan seseorang muslim di hadapan Allah kelak bahawa ia tidak mengabaikan tugas untuk mencegah kemungkaran di dalam masyarakatnya.
2. Untuk Menyelamatkan Ummah
Tujuan musuh-musuh Islam adalah untuk melemahkan umat Islam sendiri. Mereka sentiasa berusaha untuik menutup kebenaran dan menegakkan keadilan. Oleh itu umat Islam wajib bangkit menentang rencana dan kerja-kerja jahat pihak musuh. Sekiranya kemungkaran ini tidak ditentang, maka akan meluaslah kerosakkan kepada seluruh manusia dan masyarakatnya. Apabila Allah menurunkan azab-Nya ke atas kaum yang zalim dan engkar kepada-Nya, maka Allah akan meliputi seluruhnya tanpa membezakan di antara yang zalim dan yang soleh.
Firman Allah:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Ertinya:” Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu.Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya.” ( Al-Anfal: 25)
Firman Allah:
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
Ertinya:” Telah dilaknati orang-orang kafir dan bani Israel dengan lisan Nabi Daud dan Isa Ibn Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampui batas. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat (Al-Maidah: 78)
Zainab Binti Jahsy pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
يا رسول الله: أنهلك وفينا الصالحون، قال : نعم إذا كثر الخبث
ُErtinya:” Wahai Rasulullah, Apakah kami akan binasa juga sedangkan ada di kalangan kami orang-orang yang masih berbuat baik?. Rasulullah s.a.w menjawab: Ya, apabila telah melata kejahatan.” (Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w telah mengibaratkan hidup bermasyarakat seperti hidup di atas kapal yang sedang belayar di tengah-tengah lautan:
"مثل القائم في حدود الله والواقع فيها كمثل قوم استهموا على سفينة فصار بعضهم أعلاها وبعضهم أسلفها وكان الذين في أسلفها إذا استقوا من الماء مروا على من فوقهم. قالوا أنا خرقنا من نصيبنا خرقا ولم نؤذ من فوقنا فإن تركواهم وما أرادوا هلكوا جميعا وإن أخذوا على أيدهم نجوا ونجوا جميعا"
Ertinya:” Umpama orang-orang yang tinggal dalam sempadan-sempadan Allah itu adalah seperti suatu kumpulan manusia yang menaiki sebuah kapal. Setengah duduk ditingkat atas manakala setengah pula duduk di tingkat bawah. Orang-orang yang duduk di tingkat bawah itu bila hendak mengambil air (dari laut) terpaksalah mereka melalui tempat yang diduduki oleh orang-orang di sebelah atas, lalu mereka berkata:`kalau kita tebuk lubang di sebelah bawah kita ini untuk mendapatkan air tentu kita tidak akan menganggu orang-orang di sebelah atas`. Maka kalaulah mereka itu dibiarkan melakukan apa yang mereka niatkan itu nescaya semua orang yang di atas kapal itu akan binasa. Kalau mereka dicegah nescaya kesemuanya akan selamat.”
( Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Abbas berkata:
"Allah telah memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tidak redha dengan kemungkaran yang berlaku di tengah-tengah mereka. Apabila mereka mengakui kemungkaran itu maka azab Allah akan menimpa mereka semua, baik yang melakukannya mahupun orang yang baik- baik."
Berkata Umar Ibnu Abdul Aziz:
" Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebah perbuatan orang-orang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedang mereka (orang ramai) tidak mengingatkan , maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa."
3. Untuk Memenuhi Sifat Mukmin Sejati.
Firman Allah:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Ertinya:” Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah” (Ali-Imran: 110)
Firman Allah Taala:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ
Ertinya:” Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.” (Ali-Imran: 104)
Tugas menyuruh kepada ma`ruf dan mencegah yang mungkar ini juga meletakkan orang-orang yang beriman sebagai saksi-saksi atau pemimpin ke atas seluruh umat manusia.
Firman Allah yang bermaksud:
Ertinya:“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.” (Al-Baqarah: 143)
Oleh itu identiti orang-orang yang beriman sebagai umat terbaik cuma akan wujud sekiranya mereka melaksanakan dakwah di jalan Allah.
Rasullulah (s.a.w) telah menjelaskan bahawa peringkat-peringkat keimanan seseorang muslim itu bergantung kepada kesanggupannya untuk mencegah kemungkaran demi untuk mengembangkan yang makruf.
Sabda Rasullulah (s.aw) yang bermaksud:
Ertinya:”Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tidak kuasa dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Muslim)
Ibn. Mas'ud berkata:
Ertinya:"Binasalah orang yang tidak rnengenali dengan hatinya yang mana makruf dan yang mana mungkar."
4. Untuk Membezakan Diri Daripada Golongan Munafiq.
Allah menjelaskan hakikat orang-orang munafik di dalam firman-Nya, yang bermaksud:
Ertinya:“Orang-orang munafiq laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma`ruf.” (At-Taubah:67).
Ayat di atas menerangkan bahawa orang-orang munafiq, laki-laki dan perempuan, mempunyai satu risalah dalam hidup mereka; iaitu menghalangi jalan Allah, menyuruh berbuat mungkar, membelenjakan harta untuk jalan kejahatan dan menegah berbuat baik serta berlaku kikir terhadap kerja-kerja kebajikan.
Oleh itu dakwah yang sebenar ataupun amar ma`ruf dan nahi mungkar adalah tugas yang membezakan di antara orang-orang mukmin dengan orang-orang munafiq.
Firman Allah, yang bermaksud:
Ertinya:"Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma`ruf dan mencegah kemungkaran."(At-Taubah: 71)
Jelas dari ayat di atas bahawa Allah telah menjadikan amar ma`ruf dan nahi mungkar sebagai pembeza di antara golongan beriman dan golongan munafik. Orang-orang beriman selalu menyuruh berbuat ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar dan puncaknya ialah menyeru manusia ke jalan Allah.
5.Untuk Mewarisi Jalan RasuIuIlah (s.a.w)
Allah telah memuliakan Rasulullah s.a.w dengan memberi kepadanya beberapa sifat utama, di antaranya firman Allah, yang bermaksud:
Ertinya:"Hai Nabi kami mengutuskan engkau sebagai saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan dan untuk menjadi penyeru (daie ) kepada (Din) Allah dengan se izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi." (Al-Ahzab:45-46).
Kemudian Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w menyatakan kepada umatnya:
Ertinya:Katakanlah; “Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Ali-Imran:31).
Oleh kerana itu sejak dari awal lagi para sahabat telah menyertai Rasulullalh s.a.w dalam menjalankan tugas dakwah, mereka membantu Rasulullah s.a.w dalam mendirikan Negara Islam di Madinah. Dari sini dapat difahami jalan dakwah adalah jalan Rasulullah s,a,w dan jalan orang-orang yang berserta dengannya.
Firman Allah, yang bermaksud:
" Katakanlah: Inilah ialanku yang lurus, aku dan orang-orang yang mengikuti aku mengajak kamu kepada Allah dengan huiah yang nyata. Maha suci Allah dan tidak aku termasuk orang-orang musyrik.” (Yusuf-108)
Mengikut Rasul bererti beriman dengannya dan menyeru orang lain kepada ajaran-ajarannya berdasarkan kepada ilmu dan dalil-dalil yang nyata.
6. Untuk Memastlkan Keutuhan Ummah
Firman-firman Allah:
Ertinya:"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan ) kebaikan dan taqwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran." (Al-Maidah: 2).
Ertinya:"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.”
(IH)
Sumber: http://www.ibnuhasyim.com/ Tarikh: 16/3/2012. TQ.
No comments:
Post a Comment