Presiden Ajak Semua Pihak Bersatu Sokong Rakyat Syria | |
Khamis, 15 Mac 2012 09:16 |
Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan IKRAM MAlaysia (IKRAM), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyeru semua rakyat Malaysia agar bersatu dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat Syria yang kini sedang berhadapan dengan tindakan kejam rejim Bashar al-Assad. "Seseorang pemimpin negara sewajarnya dipilih oleh rakyat, malah pemerintah harus berperanan melindungi, bukan menzalimi rakyat. Namun di Syria hal sedemikian tidak berlaku," katanya. “Di Syria pemerintahan adalah secara diktator. Hari-hari kita mendengar rakyat yang menuntut perubahan dibunuh, diseksa, dicederakan, malah pelbagai lagi tindakan tidak berperikemanusiaan. Mereka yang terkorban turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Bagaimana rakyat mahu duduk di bawah pemerintahan begini?” Menurut beliau, dengan perkembangan media baru, dunia tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. “Begitu jugalah halnya dengan isu yang berlaku di Syria. Walaupun media utama antarabangsa tidak memberikan liputan yang sewajarnya terhadap apa yang berlaku di Syria, namun rakyat dapat juga mengetahui perkara sebenar yang berlaku melalui media sosial terkini seperti Facebook dan Youtube,” ujar beliau dalam sidang media Gabungan Selamatkan Syria yang diadakan di Hotel Putra di sini, baru-baru ini. Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden 2 Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Mohd Sabbri Md Yudin, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim, Setiausaha Agung Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Nahar Md. Nor dan Pengerusi Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria, Naim Jusri. Pada akhir ucapannya Dr Mohd Parid memberikan penekanan bahawa sebagai umat Islam kita harus turut sama merasai kesakitan yang sedang dihadapi oleh saudara seislam yang lain. “Justeru, IKRAM meyakini bahawa langkah ke hadapan adalah kita mesti bersatu dalam membantu rakyat Syria yang kini sedang dalam penderitaan. Semua rakyat di negara ini sama ada Islam atau bukan Islam juga harus bersama dalam usaha ini atas prinsip kemanusiaan,” kata beliau. Gabungan Selamatkan Syria yang dianggotai 27 NGO mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengambil pendirian dan tindakan yang lebih tegas terhadap kezaliman rejim Bashar Asad. Gabungan ini rakyat Malaysia dari pelbagai kaum untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan aman pada hari Jumaat ini (esok) jam 2.00 petang di Kedutaan Syria, Jalan U-Thant, Ampang bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Syria. 27 NGO yang menganggotai Gabungan Selamatkan Syria adalah: 1. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Stop Killing The Syrians OUT BASHAR ASSAD OUT... |
No comments:
Post a Comment