Pagi Jumaat ini nak cerita sikit tentang Dajjal yang sentiasa ada di sekeliling kita dan apa saranan Rasulullah untuk kita. Hadis Rasulullah:
فَقَالَ إِنِّي أُنْذِرُكُمُوهُ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا قَدْ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ لَقَدْ أَنْذَرَهُ نُوحٌ قَوْمَهُ وَلَكِنْ سَأَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلًا لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ لِقَوْمِهِ تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ
“sesungguhnya aku menyampaikan peringatan kepada kamu tentang Dajjal kerana tiap-tiap Nabi telah memberi peringatan kepada kaum mereka tetapi aku akan tambahkan untuk kamu satu perkara yang tidak disebut oleh Nabi terdahulu iaitu Dajjal itu mata buta sebelah sedang Allah tidak buta” (Dari Abdullah bin Umar (Riwayat Muslim)).
Dajjal itu disebut buta (sebelah mata) – bermaksud - tidak melihat dengan kedua matanya (saksama) dalam perkara-perkara hak. Kebenaran dilihatnya sebelah mata (menutup sebelah lagi mata) justru itulah sifat ini menjurus kepada fitnah dan dusta. Sesiapa sahaja antara manusia ini apabila melihat kebenaran dengan sebelah mata, akan tercetuslah pelbagai fitnah sehingga terbentuknya kemungkaran, terasa hebat, apatah lagi apabila diuji dengan 'kemampuan' luarbiasa…
Nabi-nabi terdahulu juga mengingatkan kepada umatnya tentang kejahatan dajjal. Macam-macam fitnah yang ada di sekeliling kita... hasil daripada tindakan seseorang tidak melihat dengan betul sesuatu perkara mengikut neraca syarak. hingga sesuatu yang salah tetapi disebabkan biasa dilakukan oleh anggota masyarakat lain... ia dianggap boleh dan dibenarkan!
Kita diajar bagaimana menghindari daripada kejahatan dajjal ini.
Hadis Rasulullah menerangkan:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
Barang siapa menghafaz 10 ayat dari awal surah al-Kahfi maka ia akan dilindungi dari fitnah Dajjal”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Baginda mengajar kita membaca doa di bawah selepas bacaan tahiyyat akhir semasa solat:
اللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوذُبِكَ مِن عَذَابِ الْقَبْر وَمِن عَذَابِ النَّار وَمِن فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَات وَمِن فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال
‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal ‘.
Tawwus Ibn Kaisan, seorang ulama khas terkemuka, menyuruh anaknya mengulangi solat apabila didapati anaknya tidak membaca doa itu. Justeru pentingnya doa agar dilindungi kita daripada fitnah Dajjal, maka seorang ulama besar, Abdul Rahman al-Muharibi menyarankan agar guru-guru kelas tadika mengajar doa itu kepada murid-murid mereka.
Al-Safarini juga menyatakan, orang berilmu perlu mengajar doa ini kepada anak-anak, isteri dan keluarganya, bahkan kaum lelaki juga hendaklah membaca, kerana akhir-akhir ini ramai Dajjal yang suka menipu dan menyebarkan fitnah.
Berpandukan riwayat ini, Ibn Hazm al-Zahiri memutuskan, doa di atas wajib dibaca selepas membaca tasyahhud akhir. Sesiapa yang tidak membaca, maka tidak sah solatnya (al-Muhalla 3/277). Ini bermakna, sesiapa yang tidak membaca doa ini dalam tasyahhudnya, nescaya batal solatnya (menurut pandangan beliau).
Beliau berpandangan demikian rasanya kerana keprihatinan beliau terhadap kejahatan dajjal yang sentiasa mencari peluang melakukan fitnah kepada anak adam seperti kita.
JOM!!! Sesiapa yang belum hafal doa ini... jom hafal dan baca setiap kali solat di tahiyat akhir, sebelum salam.Rujuk: Ibnuabid Safar https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=391526694198755&id=100000242832676
No comments:
Post a Comment