Dikongsikan 5 tips sihat dalam menjalani ibadah puasa yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.
Moga ianya dapat memberi manafaat buat kita bersama.
==>Tips 1 - Makan Makanan 'Karbohidrat Kompleks'
Semasa sahur, digalakkan memakan makanan yang mempunyai unsur 'karbohidrat kompleks' seperti beras, gandum dan kekacang.
Makanan jenis 'karbohidrat kompleks'akan lambat dicerna oleh tubuh dan situasi ini dapat membantu tubuh anda tetap bertenaga ketika berpuasa.
==>Tips 2 - Makan Manisan Semasa Berbuka
Pastinya kurma menjadi pilihan untuk berbuka. Manisan berfungsi memulihkan tenaga selepas seharian bekerja & menahan lapar.
==>Tips 3 - Hindari Makanan Berlemak
Ketika berbuka elakkan makanan berlemak dan makanan yang digoreng. Disyorkan makanan berserat.
==>Tips 4 - Minum Air Suam Saat Sahur & Berbuka
Ianya untuk menghindari proses dehidrasi iaitu kehilangan air dalam badan ketika berpuasa. Minum air suam dan elakkan minuman yang mempunyai kafein seperti kopi semasa sahur.
==>Tips 5 - Senaman Ringan
Lakukan amalan senaman ringan ketika berpuasa seperti regangan anggota badan atau berjalan kaki 5 - 10 minit. Ianya untuk melancarkan peredaran darah dan menyegarkan tubuh anda.
Bertemu lagi di entri berikutnya. Insya-allah.
Wassalam
Sumber: fb MyQalamQuranDigital
No comments:
Post a Comment