1. Jangan berhutang kad kredit & pinjaman peribadi. Hanya ambil pembiayaaan rumah (manfaat ada diceritakan di bawah) &kereta atau motosikal kerana ia keperluan asasi di zaman moden ini sebab pengangkutan awam (di negara kita setakat ini) tidak boleh harap.
Manfaat MEMBELI rumah melalui pembiayaan perbankan Islam atau pembiayaan Islam kerajaan :-
a. Nilai rumah/hartanah meningkat setiap tahun bergantung kpd lokasi yg dipilih. Kalau silap pilih lokasi di nun jauh di Hulu Banat sana jangan harap nilai akan meningkat.
Antara tips memilih lokasi yg baik :-
1. Hampir dgn kemudahan awam seperti stesen bas, stesen komuter, sekolah atau IPTA/IPTS
2. Jalanraya & akses yg mudah
b. Ada MRTA (Mati Rumah Tetap Ada)- Istilah baru ..
Manfaat MEMBELI rumah melalui pembiayaan perbankan Islam atau pembiayaan Islam kerajaan :-
a. Nilai rumah/hartanah meningkat setiap tahun bergantung kpd lokasi yg dipilih. Kalau silap pilih lokasi di nun jauh di Hulu Banat sana jangan harap nilai akan meningkat.
Antara tips memilih lokasi yg baik :-
1. Hampir dgn kemudahan awam seperti stesen bas, stesen komuter, sekolah atau IPTA/IPTS
2. Jalanraya & akses yg mudah
b. Ada MRTA (Mati Rumah Tetap Ada)- Istilah baru ..
c. Sebenarnya apabila kita membayar instalmen rumah bulanan kita sebenarnya mengamalkan “forced savings” kerana bayar lebih sedikit drpd amaun sewa. Ia umpama membuat pelaburan di masa depan.
d. Meramaikan peratus pemilikan hartanah di kalangan umat Islam/Melayu di Negara ini. Kalau semua umat Islam pakat menyew kerana tidak mahu mengkayakan bank maka ramailah orang bukan Islam yg akan memiliki tanah & rumah kediaman . Depa yang akan jadi tuan tanah & tuan rumah & kita jadi penyewa. Lama-kelamaan kita umat Islam di Negara ini akan jadi macam rakyat negara Palestine apabila tanah & kediaman semuanya dimiliki oleh orang bukan Islam. Sudah lah bangunan komersil & shopping centre kebanyakannya dimiliki oleh Non Muslim!! Jadi dari segi kepentingan strategik amatlah perlu umat Islam memiliki hartanah.
2. Mulakan dengan membeli rumah yg kecil dahulu lepas itu jual & kemudian beli rumah yg lebih besar selaras dgn peningkatan pendapatan & bilangan ahli keluarga. Ana dulu pun mula beli rumah apartmen lepas tu jual kemudian beli rumah dua tingkat. Namun jika belum mampu membeli apatah lagi bila belum cukup 10% deposit + legal fees/stamp duty maka elok menyewa rumah terlebih dahulu.
3. Ukur baju di badan sendiri. Jumlah pembiayaan rumah & kereta TIDAK SEHARUSNYA melebihi 30% atau 1/3 jumlah pendapatan. Kalau jumlah pendptan gaji bersih (selepas EPF & Tax) isi rumah kedua-dua suami isteri adalah RM6,000-00, maka bayaran ansuran mestilah tidak melebihi RM2,000-00 sebulan.
4. Amalkan menabung. Minima 10% drpd jumlah gaji. Potong utk tabungan dulu baru fikirkan perbelanjaan lain.
5. Kawal nafsu apabila berbelanja. Antara ramai bilangan anak muda hari ini yg diisytiharkan bankrap adalah kerana gagal mengawal nafsu apabila berbelanja. Biar ‘’pape asal bergaye’’ jadi pegangan hidup. Tidak cukup duit beli cash pakai kad kredit. Contohnya apabila beli HP tak mahu kalah . Mesti model terbaru spt Samsung Galaxy SIII berharga RM2,000 sedangkan baru beli Samsung Galaxy SII tahun lepas.
6. Amalkan bersedekah , keluarkan zakat & bayar isytirakat bagi menambah berkat harta. Membiasakan mendirikan solat sunat Dhuha & baca banyak2 Surah Al Waqiah kerana ia dapat menambahkan rezeki. Ada hadis yg menganjurkannya.
Mohd Kamal Mohd Rathi
"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
Sumber: fb
Ikram Johorhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=425375074172779&set=at.425375060839447.91638.131148860262070.100000286954844&type=1&theater
Ulasan: Sudah hampir 30 tahun bekerja, baru kini ada panduan memiliki rumah secara halal. Jzkkk.
No comments:
Post a Comment