Thursday, July 05, 2012

Iran sedang bermain wayang: Jangan tertipu

Dari FB Dr Hafidzi Mohd Noor 

Ada persoalan yang ditanyakan rakan FB jika Iran/Syiah memusuhi umat Islam (negara-negara Arab Sunni) kenapa pula Israel/Amerika Syarikat memusuhi Iran? 

Maka saya beri ulasan begini - Dalam pertembungan di antara hak dan batil, kita kena timbangkan banyak senario. Al-Haq itu satu sedang kebatilan itu banyak dan pelbagai. Al-Haq yang satu akan berdepan dengan kebatilan yang bergabung atau berpecah. Makna kata pertembungan di antara al-Haq dan kebatilan ini sifatnya bukan straight fight (satu lawan satu) tetapi boleh jadi 3 corner (3 penjuru) atau 4 corner fight atau lebih (4 penjuru dsbnya). Ada kalanya dua atau lebih kebatilan akan bersama menentang al-Haq yang satu, ada kalanya, beberapa kutlah (pecahan) kebatilan dilihat bersama dan beberapa kutlah di lihat memusuhi kumpulan kebatilah yang satu lagi untuk berdepan dengan al-Haq. ada kalanya satu kebatilan dilihat bersama dgn al-Haq untuk menentang kebatilan yang satu lagi atas sifat 'common enemy' atau musuh bersama / musuh sepunya. Pertembungan di antara al-Haq dan kebatilan ini dynamic sifatnya. Inilah yang melatari pertembungan di antara Iran dan Amerika Syarikat/Israel. Bolih juga dilihat Amerika Syarikat memusuhi Iran tetapi musuh yang lebih utama ialah negara-negara Arab Sunni. Maka US bolih shj menggunakan Iran untuk mengatasi negara-negara Arab Sunni yang memang dimusuhi oleh Iran secara covert (tersembunyi atau menggunakan prinsip taqqiyah). Dalam ertikata yang lain, equation yang wujud di antara al-Haq dan Syiah dan musuh bersama Israel/US adalah complex dan dynamics. Cuma kita bolih rumuskan al-Haq yang satu akhirnya akan berdepan dengan kebatilan yang akan bergabung. bagaimana bentuk gabungan ini dan bagimana cara ia di manifestasi kan - sama-sama kita lihat nanti. 

Sebagai contoh mari kita lihat senario konflik Iran dan Israel/US sejak tahun 1979. Syah Iran ditumbangkan, kedutaan Amerika ditawan selama 444 hari. Usaha untuk menyelamatkan diplomat dan kakitangan US embassy terbantut apabila misi penyelamat yang terdiri dari komando yang terlatih dalam operasi Eagle claw gagal apabila sebuah helicopter (dari 8 buah) berlaga dgn US transport plane. Kemudian tawanan US tadi dibebaskan tanpa sebutir peluru pun yang ditembak. Permusuhan di antara US dan Iran semakin sengit tetapi hanya dalam bentuk 'war of words' (peperangan bertikam lidah shj). Iran malabel US sebagai 'The great satan' dan US pula melihat Iran sebagai the greatest threat to Israel. Tetapi percayakah anda sejak dari tahun 1979 sehingga kini tidak ada sebutir pelurupun yang dilepaskan oleh Iran ke atas Israel. 


Untuk membuktikan bahawa Iran adalah the greatest threat to Israel and peace in the middle east, Israel telah menghantar jet F-16 nya ke Iran dan membedil loji nuklear Iran pada tahun 1982. Dgn serangan ini terbuktilah Iran is the greatest threat to Israel dan Israel has taken care of the problem. Apa reaksi Iran? - tidak ada tindak balas. Iran terus membisu walaupun negara nya diceroboh. 


Apa yang berlaku selepas itu ialah perang Iran-Iraq yang berlanjutan sehingga 10 tahun mengorbankan ratusan ribu tentera Iraq dan Iran. Nampaknya Iran lebih bersungguh dalam peperangannya dengan Iraq berbanding permusuhannya dgn Israel. 


Tamat shj perang Iraq-Iran tercetus pula perang teluk apabila Saddam Husein menceroboh Kuwait. Amerika kemudian membentuk tentera bersekutu yang terdiri dari negara Arab Saudi dan negara Teluk untuk berhadapan dengan Iraq. Iran tidak terlibat and was left out in the conflict. Sebaliknya negara-negara Arab sunni berlaga di antara satu sama lain. Saddam Hussein kemudiannya menembak peluru berpandu SCUDnya ke Israel. Jadi kita lihat di sini, Iran played the safe game.


Ini yang saya katakan bagaimana dalam pelbagai senario kita lihat konflik 3 penjuru berlaku di antara negara Arab Sunni, Iran yang Syiah dan Israel yang disokong oleh US. Dalam semua senario pertembungan ini faktor mendasarinya bukan al-Haq tetapi sebaliknya bermusuhan yang berlandaskan kepada nasionalisme Arab, Konflik sektarian dan peranan US untuk mewujudkan keadaan tidak stabil di dunia Arab demi kelestarian regim zionis Israel. Apabila berlaku taurah, Arab Spring di mana kita lihat Islam semakin kehadapan dalam penentuan lanskap kuasa di timur tengah, kita lihat Iran kembali aktif dan tidak mahu ketinggalan di dalam mencorakkan equilibrium kuasa pasca taurah atau Arab Spring. Demi untuk memastikan hegemoni Iran/Syaih di timur tengah maka Iran tanpa selindung menyokong sekutunya Regim Nusairiyah di Syria dan secara covert (bersembunyi) memberi dokongan moral dan material kepada tentera jaish mahdi (Mukhtadar as-Sadr) di Iraq dan juga Hizbullah dan Hassan Nasrallah di Lubnan. Pakatan Syiah perlui mengambil tempat dalam senario pasca taurah apabila regim Zionis semakin tersepit dan lemah. Apabila ini berlaku Syiah tidak bolih membiarkan Sunni menentukan lanskap politik baru pasca pembebasan Palestin. Hegemoni Syiah perlu diperkasa untuk kemudian mencabar negara-negara Arab sunni yang merdeka dari regim-regim korup tajaan Amerika. Ketika itu perang tiga penjuru di antara negara Arab Sunni, Iran dan sekutunya, dan US serta saki-baki elemen zionis semakin nyata. 


Saya membayangkan in the final analysis, al-Haq (Islamic forces yang sebenarnya) akan berdepan dengan pelbagai 'front' atau medan yang diwujudkan oleh Syiah dan sekutu dan juga barat dan sekutunya.


Ulasan: Taqiyyah Syi'ah melahirkan negara Iran yang bersandiwara.

No comments: