Vladimir Putin kini merancang untuk menghantar kapal perang dan kapal-kapal amphibuous (kapal-kapal pendaratan) bagi mempertahan regim Basyar Assad. Angkatan lautnya di Artik dan di Laut Hitam (Black Sea) akan digerakkan untuk 'melindungi' Basyar Assad dari rakyatnya.
Bahkan Kofi Annan (PBB) sedang memujuk Iran supaya menyokong langkah-langkah PBB di Syria. Desas-desus kini tersebar bahawa Rusia sedang menimbang untuk menyediakan suaka politik dan tempat perlindungan untuk BasyarAssad dan samseng-samseng Baathsnya di Tehran, sebagai 'exit plan'.
Kalangan yang menganggap kebangkitan rakyat Syria di dalangi oleh barat terperangkap dalam era 'perang dingin' (coldwar) yang sudah lama berakhir. Tiada kerelevenan lagi untuk menilai perkembangan Timur Tengah dalam kerangka keseimbangan kuasa blok barat dan blok timur. Hakikatnya Blok Barat AS; dan Rusia yang merupakan legasi Soviet Union (USSR) kini bersama untuk melanjutkan kelestarian negara haram Israel. Amerika dan Rusia bersama membentuk Quartet (yg terdiri dari AS, EU, Rusia dan PBB) untuk mengenakan sekatan ekonomi dan kepungan yang dilaksanakan oleh Israel ke atas Gaza. Sekiranya agenda barat yang kononnya mendalangi kebangkitan rakyat Syria bertujuan untuk menggulingkan BasyarAssad, bagaimana pula dengan kedudukan Rusia yang cuba 'mempertahankan' Regim Basyar Assad. Sedangkan keduanya; US dan Soviet (kini Rusia) sejak dari dahulu (dari era perang dingin lagi) kononnya mengwujudkan suasana keseimbangan kuasa di Timur Tengah supaya Israel terus lestari dan secure di tengah-tengah dunia Arab.
Hari ini warga Arab di Timur Tengah sudah mula melepaskan diri mereka dari menjadi proxy kepada Amerika atau kepada Rusia. Mereka termasuklah rakyat Syria akan menentukan masa depan negara mereka dan rantau Asia Barat yang bebas dari cengkaman dan telunjuk blok Barat atau Timur. Maka barangsiapa yang masih melihat konflik di Syria dalam kerangka percaturan politik AS-Rusia, tidak dapat menerima hakikat bahawa warga Arab kini akan mencorakkan masa depan mereka - dan masa depan mereka akan ditentukan oleh mereka sendiri tanpa perlu berkiblat kepada Barat atau Timur.
Lord Arthur Balfour (nama di sebalik Deklarasi Balfour) yang membuka ruang kepada kelahiran negara Israel di atas bumi Palestin, pernah mengatakan pada awal kurun ke 20 bahawa negara-negara kolonial barat akan menentukan masa depan penduduk Arab kerana mereka tiada kemampuan untuk berdiri sendiri dan mempunyai pemerintahan sendiri... Bermula pada tahun 2011 (100 tahun selepas pandangan Arthur Balfour yang menghina umat islam dunia Arab), dunia harus menerima realiti yang sebenar dunia Arab iaitu mereka adalah bangsa yang merdeka dan mereka diperkasakan oleh Islam untuk menentukan masa depan sendiri.
Jadi rakyat Malaysia yang masih menilai kebangkitan dunia Arab dalam kerangka agenda barat, bangunlah dari tidur yang lena. Anda sebenarnya sedang menyaksikan satu putaran sejarah yang hampir kembali ke titik permulaannya. Perjuangan yang di pelopori oleh pejuang-pejuang seperti Umar Mukhtar di Cyrenaica (Libya - 1921), Syeikh Izzuddin al-Qassan (di Palestin - 1936), Amin Husaini al-Haj (1935), As-Syahid Hassan al-Banna (1949) kini dihidupkan kembali dengan nafas yang baru. Era penjajahan Barat sejak seratus tahun yang lalu akan berakhir dan kita akan menyaksikan Asia Barat yang baru, yang tidak akan membenarkan agenda Barat menentukan masa depan mereka.
Tahir Ali
Setiap pembunuhan buas, setiap jenayah perang yang dilakukan oleh Basshar adalah balas dendam terhadap kejayaan Tentera Syria Bebas tidak lama sebelum itu. Jenayah terbaru rejim Syria adalah akibat berpaling tadah Jeneral Manaf Tlass dan Duta Syria di Iraq, Nawaf Al-Faris. Tujuh minggu sebelum ini, berlaku pembunuhan kejam di Houla. Beberapa hari sebelum itu, Tentera Syria Bebas berjaya meracuni 8 pegawai tinggi daripada pasukan Basshar bernama "Crisis Cell" yang berperanan menyelia respon tentera terhadap kebangkitan rakyat. Antara yang dibunuh adalah Asif Shawkat, adik ipar Basshar yang juga Timbalan Menteri Pertahanan.
Kini, rejim tidak berprikemanusiaan ini di ambang kejatuhan. Tentera Syria Bebas bersama rakyat sedang bersiap untuk Saah as-Sifr (Zero Hour). Penduduk Damsyik dan sekitarnya diminta bersedia menunggu isyarat untuk bergerak masuk ke ibu negara. Damascus sekarang penuh dengan pelarian dari seluruh negara yang lari ke situ membawa berita sebenar jenayah2 Bashhar terhadap rakyat sendiri. Damsyik kini bagai bomb berdetik yang menunggu masa untuk meletup. Tunggu untuk Saah as-Sifr dan kejatuhan rejim Nusairi yang kafir.
Kini, rejim tidak berprikemanusiaan ini di ambang kejatuhan. Tentera Syria Bebas bersama rakyat sedang bersiap untuk Saah as-Sifr (Zero Hour). Penduduk Damsyik dan sekitarnya diminta bersedia menunggu isyarat untuk bergerak masuk ke ibu negara. Damascus sekarang penuh dengan pelarian dari seluruh negara yang lari ke situ membawa berita sebenar jenayah2 Bashhar terhadap rakyat sendiri. Damsyik kini bagai bomb berdetik yang menunggu masa untuk meletup. Tunggu untuk Saah as-Sifr dan kejatuhan rejim Nusairi yang kafir.
sumber: fb Hafidzi Mohd Noor
Ulasan: Amiin. Teruskan doa kita supaya Allah menangkan rakyat majoriti Syria.
No comments:
Post a Comment