"Tahukah anda sebenarnya "Barbossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala -Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.
Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ??Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.
Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban tinggi mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia, terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembantaian umat Islam iaitu dengan pembersihan kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.
Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ??Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.
Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik, yang menjadi pelaut biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki yang bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes, kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin melakukan aktiviti pelanunan dan rompakan kepada semua kapal-kapal tentera Kristian. Aktiviti ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti tentera Kristian, dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean.
Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya.
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=15328
No comments:
Post a Comment