Ada pandangan supaya isu Syria tidak dilihat sebagai konflik Sunni-Syi'ah.
Ini ulasan saya: Apa yg berlaku di Syria adalah akibat Iittihad Alami Ulama Islam di Istanbul tempoh hari jelas iaitu Regim Basyar Assad zalim dan rakyat menentang kezaliman. Wajib menentang Basyar dan wajib menyokong rakyat Syria. Dalam fatwa 5 points yg dirumuskan TIDAK ada disebut situ Syi'ah atau Nusayriyah, tapi point no 5 disebut haram membunuh di atas dasar kepuakan.
“5) Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di dalam medan jihad, maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga mengingatkan kepada Tentera Pembebasan Syria agar berjihad tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara bukan kerana lain.”
Apa yg hendak disampaikan ialah kezaliman Basyar Assad ditunjangi oleh Regim Nusayriah dan disokong oleh Syiah. Nusayri dan Syiah mengambil peluang dari kebangkitan rakyat utk meluahkan permusuhan dan kebenciannya kepada golongan Sunni. Sebab itu pembunuhan di Syria sifatnya sadis dan biadap termasuk membunuh/menyembelih kanak-kanak hidup-hidup tanpa belas kasihan. Dalam konflik sektarian (antara puak/agama/bangsa) biasanya manusia yg bermusuhan hilang pertimbangan dan belas kasihan terhadap mangsanya lalu berlakulah (dalam keadaan ekstrim) ethnic cleansing, genocide dsbnya.
Jadi kita tidak terbawa-bawa oleh isu Sunni-Sy'iah tetapi Syi'ah memang ada agenda untuk menguasai lanskap politik Timur Tengah. Dan ini dijelaskan dengan sikap Iran dan Hizbullah Lebanon yg membantu Basyar Assad membunuh rakyatnya di Syria.
Ulasan: Semoga Allah menangkan Kebenaran dan kalahkan Kebatilan.
No comments:
Post a Comment