Friday, July 06, 2012

Jadilah pemimpin dan tentera yang mempertahankan Islam selama-lamanya

Constantinople ditumbangkan pada 1453, namun tidak sampai 100 tahun kerajaan-kerajaan Islam yang jauh dari empayar Ottoman tumpas satu persatu, salah satunya ialah Melaka 1511. Bukti bahawa musuh Islam tidak menyerah kalah sebaliknya menukar strategi menawan negara-negara Islam yang jauh yang seterusnya menghancurkan empayar Islam. 


Barang kali orang-orang Islam leka dengan kemenangan, hingga lupa kepada perubahan strategi yang dibuat musuh. Jadi berhati-hatilah. “Akan ditawan Kota Konstantinopel itu, yang mana Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Begitulah sabda Rasulullah SAW yang masyhur akan pembukaan Kota Konstantinopel. 


Ini merupakan piawaian seorang pemerintah dan pejuang tertinggi untuk seorang umat Islam biasa selepas zaman Nabi SAW, dan zaman Khulafa al Rasyhidin, dan sahabat. No 1 mungkin kita takkan perolehi sebab itu telah diisi oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, namun kita masih mampu menjadi pemimpin dan tentera yang mempertahankan Islam selama-lamanya.


Penulis: Tidak diketahui. 


Ulsan: Selamat berkorban untuk menolong agama Allah. ws.

No comments: