Friday, July 06, 2012

Di Istanbul aku terkenang pada Tuk Janggut..



Di Istanbul aku terkenang pada Tuk Janggut..

Sampai di Masjid Sultan Ahmet (lebih terkenal dgn nama The Blue Mosque) di sisi ada sebuah bangunan yang menempatkan fountain (pancur air) yang tidak digunakan lagi.

Fountain ini dibina pada tahun 1901 oleh Raja Wilhelm II German sebagai hadiah kepada Sultan Abdul Hamid II sempena ulang tahun pemerintahannya yang ke 25. Ini menggambarkan eratnya hubungan di antara Turki Uthmaniah dan German. Apabila pecah perang dunia pertama (The Great War) German adalah sekutu Turki dalam Central Powers (Kuasa Tengah) dalam menghadapi British, Peranchis dan Rusia.

Maka tak hairanlah jika propaganda British di Kelantan mengaitkan Turki dengan German sehingga di perintahkan para khatib membaca doa dan di amin oleh para makmum sewaktu solat Jumaat supaya dikurniakan kemenangan kepada British ke atas Turki. British menyebarkan propaganda bohong iaitu Mekah akan ditawan oleh German jika Turki mengalahkan British. Propaganda ini sangat penting kerana kemenangan Turki ke atas tentera British (Australia) di Gallipolli pada tahun 1915 memberi keyakinan kepada umat Islam, Turki bakal menang ke atas British yang menjajah Tanah Melayu ketika itu. Maka umat islam yang mempunyai hubungan emosi yang amat kuat dengan tanah suci Mekah (apatah lagi Kelantan diberi jolokan 'Serambi Mekah') merasa terancam dengan hubungan German dan Turki, langsung berharap agar British di menangkan ke atas Turki.

Ini lah antara sebab mendorong Tuk Janggut (Hj Mat Hassan Panglima Munas) angkat senjata lawan penjajah British. Bukan sahaja kerana British sudah menguasai Balai Besar (istana) melalui Perjanjian Bangkok 1909, bahkan telah menukar Undang-undang Islam dan Adat negeri Kelantan dengan Undang-undang Sivil dari British India. Bukan cukai yang ditentang yang menyebabkan Tuk Janggut diletakkan harga (reward money) sebanyak 500 Spanish Dollar bagi sesiapa yang menangkap beliau mati atau hidup (memang disebut dalam turutan itu iaitu mati sebelum hidup), tetapi kerana jihad yang dipelopori untuk membebaskan umat dari cengkaman penjajahan tanah air dan lebih penting lagi merongkai penjajahan minda yang melumpuhkan fikiran umat.


















dari fb Hafidzi Mohd Noor 

No comments: