Hukum Ingat Mati
Walau bagaimanapun
keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya
(sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat
kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar
jenazah ke kubur dan sebagainya.
Mengingati mati
adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita
hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah
bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad
sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab
kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus
dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan
itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi
kebaikan kepadaku"
Ulasan: Ingat mati akan menghidupkan hati kita.
No comments:
Post a Comment