Hafidzi Mohd Noor wrote:Lagi penjelasan ttg Syiah.
Atas pertanyaan apakah sangat bahaya jika Iran atau pengaruh Syiah tersebar ?
Ulasan: Syiah bukan sekadar 'pengaruh' tetapi ia adalah pegangan atau akidah. Memang ada pelbagai mazhab di dalam Islam tetapi mazhab yang diraikan hanya berkaitan fiqh sedangkan perbezaan akidah tidak ada di dalam Islam.
Akidah yang salimah (sejahtera) dan ibadah yang sohihah (jauh dari bid'ah) adalah syarat Islam itu diterima dan ibadah sah di sisi Allah. Syiah bukan sahaja melakukan pelbagai bentuk bid'ah dalam ibadah bahkan pelbagai penyelewengan akidah.
Ini tidak termasuk pegangan mengkafirkan sahabat dan mensucikan Ali. Sdr kena faham hakikat syiah yang cuba berselindung disebalik amalan taqiyah. Baiklah jika ia terhenti sebagai penyelewengan akidah semata-mata sebagaimana golongan batiniah, tareqah yang sesat spt wihdatul wujud dan ilmu maratabat 7 dsbnya atau ajaran Qadiani maka ia mungkin tdk menjadi ancaman yang besar.
Namun Syiah bermula dgn keyakinan khilafah telah dirampas oleh Abu Baqr as-sidiq dan Umar al-Khattab dari Ali r.a. Aliran politik ini berkembang menjadi sebahagian akidah Syiah dgn menjadikan Ali bukan shj sebagai ikon (pujaan) tetapi dikuduskan (suci) sehingga setaraf dgn Nabi, bahkan lebih mulia dari Nabi bahkan lebih mulia dari Allah SWT (akidah Imamiyah dgn doktrin Itsna Asyaranya).
Oleh kerana ia kekal menjadi cita-cita politik yang tidak kesampaian maka Syiah menjadikan gagasan menguasai dunia Islam sebagai cita-citanya yang tertinggi. Bagaimana utk melakukan ini - tarik golongan Sunni dan Syiahkan mereka. Mereka lakukan dakwah kpd aqidah Syiah ini dengan berselindung disebalik 'taqiyah' - berbohong dgn golongan Sunni (yang hukumnya bukan sahaja harus bahkan wajib utk men'Syiah'kan golongan Sunni). Bukan shj mereka mendakwahkan golongan Sunni kpd Syiah bahkan mereka sanggup membunuh golongan Sunni kerana darah mereka adalah halal. Inilah yang berlaku kpd umat Islam di Syria yang dibunuh oleh golongan Nusayri tanpa belas kesihan termasuk kanak-kanak disembelih dengan kejam. Ini jugalah yang dilakukan oleh kelompok Hizbullah di Lubnan yang membunuh pelarian Syria. Ini jugalah yang dilakukan oleh tentera Sadr Muhtadar di Iraq yang membunuh golongan Sunni.
No comments:
Post a Comment