Hafidzi Mohd Noor wrote:
Peranan Iran terus menjadi fokus perbincangan para ulama dalam muktamar Syria.
Peranan Bolih kita rumuskan jika Regim Bashar Assad berjaya dipertahan, pengaruh Syiah
akan menjadi semakin kukuh di Asia Barat. Kita bolih bayangkan satu wilayah Syiah (Syiah belt) akan terbentuk dari Iran sehingga Syria. Dengan perancangan Jaish Mahdi (tentera Syiah di Iraq (Muhtadar as-Sadr) yang sentiasa membuat onar di Iraq dan pengaruh Hizbullah di Lebanon di bawah Hassan Nasrallah akan menjadi cabaran baru kepada umat Islam. Akan wujud satu keadaan di mana Zionis semakin lemah dan pengaruh Syiah pula semakin berkembang. Justeru menamatkan riwayat Regim Bashar Assad bukan sahaja mematikan pengaruh Nusairiyah/Alawiyah - salah satu cabang Syiah di Syria bahkan menghalang dari terbentuknya satu wilayah pengaruh Syiah yang berkesinambungan (continuous) di bumi Syam.
Melihat kembali dinamika percaturan politik Asia Barat sejak tahun 1979 apabila tercetusnya revolusi Iran akan menyerlahkan deception game atau helah yang dilakonkan oleh Syiah dan Amerika Syarikat. Lakonan ini cuba ditutup dengan slogan-slogan anti Amerika yang sangat ekstrim ciptaan Iran. Iranlah satu-satunya regim Asia Barat yang melabel Amerika Syarikat sebagai 'the Great Satan'. Tidak ada label yang keras seperti ini yang digunakan oleh musuh-musuh US yang tegar termasuk Libya dan Saddam Hussein Iraq. Bahkan HAMAS yang menerima tekanan paling hebat dari Amerika Syarikat dan sekutunya Israel tidak pernah memberi label sedemikian. Bahkan Ahmadinejad pernah menafikan 'Holocaust' (pembunuhan Yahudi oleh Nazi German dalam perang dunia ke 2). Tiada siapa yang dapat menafikan fakta sejarah yang benar ini -sebab itu HAMAS tidak pernah mengungkit ttg peristiwa Holocaust ini kerana ia adalah fakta sejarah. Zionis hanya dikecam kerana kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin sekarang.
Dari sini kita bolih nampak betapa Iran tidak 'objektif' dalam serangannya terhadap US/Israel. Dan biasanya sikap melampau ini dipamerkan untuk menutup agenda yang tersirat. supaya nampak 'genuine'.
Musing saya ttg Iran ini akan saya ulas lagi nanti insyaAllah
share from dr Hafidzi Mohd Noor
No comments:
Post a Comment