Thursday, July 05, 2012

Apa pula 'nasehat' Prof Dr Yusuf al-Qardhawi kpd golongan Syiah?

Hafidzi Mohd Noor wrote: Apa pula 'nasehat' Prof Dr Yusuf al-Qardhawi kpd golongan Syiah?

Kalau kita rujuk pandangan Dr Yusuf Qardhawi, beliau pernah menasihati golongan Syiah supaya menghentikan ‘dakwah’ mereka kepada umat Islam. Jika mereka hendak berdakwah, jangan pada muslim (golongan Sunni atau kalau di Malaysia ini Ahlus Sunnah Wal Jamaah.). Inilah nasihat yang lembut tetapi tegas dari Dr Yusuf Qardhawi supaya satu garisan dilakar di antara  umat Islam dan golongan Syiah. Sekaligus ini adalah peringatan kepada umat Islam di Malaysia supaya berhati-hati dengan ‘dakwah’ atau ajakan unsur-unsur Syiah.

Walaupun ada ulama tanpa ragu-ragu menjatuhkan Syiah sebagai terkeluar dari akidah Islam, namun Dr Yusuf Qardhawi setakat ini belum lagi mengeluarkan pandangan seumpamanya – sedia dimaklumi dengan sikap amat berhati-hati beliau dalam persoalan hukum, walaupun beliau tidak beragak-agak menyatakan pendirian yang tegas dalam persoalan prinsip Islam meskipun berdepan dengan risiko seperti halnya dalam isu Palestin dan isu Syria.


Jadi apakah cukup dengan nasihat tegas ini kita bolih membendung pengaruh Syiah dari menular di Malaysia? Sudah tentu tidak. Penegasan ini memerlukan kepada beberapa garis bertindak dan gerak kerja. 



Sebelum ini saya telah letakkan pada  wall post saya beberapa insiden sejarah tanah air dan dunia Melayu dalam pengalamannya berdepan dengan pengaruh dan ajaran Syiah. Ini termasuklah pertumpahan darah yang berlaku pada zaman Melaka untuk membendung pengaruh Syiah yang dibawa oleh mubaligh Syeikh Ahmad Makhdum, orang yang pertama membawa Islam ke Negeri Sembilan. Begitu juga insiden Perang ‘Paderi’ yang berlaku pada suku pertama kurun ke 19 di Sumatera Barat yang terkait juga dengan pertembungan dengan ulama (kaum tua) dari aliran Syiah. Persoalan Syiah perlu di’perangi’ adalah satu persoalan yang bolih dibahaskan iaitu apakah bentuk ‘diperangi itu’ yang sesuai dengan peredaran zaman supaya natijahnya tetap sama iaitu Syiah dapat dibendung di Negara ini (stopped on its track).


Sumber: Fb Dr Hafidzi Mohd Noor


No comments: