Thursday, July 05, 2012

Iran & AS: Lakonan demi lakonan


Pelbagai alasan diberikan untuk mempertahankan Iran/Syiah. Apabila Israel membedil loji nuklear Iran pada tahun 1982 dan Iran tidak berbuat apa-apa. maka alasannya ialah Iran baru shj berlaku revolusi dan semua usaha dilakukan untuk tumpu kepada isu keselamatan dan mengukuhkan perpaduan dalaman.Maka dengan itu tiada tindak balas oleh Iran ke atas Israel.

Ok, lihat apa yang berlaku pada tahun 1988. Kapal perang US menembak jatuh Penerbangan Iran Air 655 yang mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal seramai 296 orang. Mereka adalah orang awam. Hanya kutukan tanpa sebarang tindakan diambil oleh Iran. Mengingatkan kita kepada tragedi USS Liberty yang dibedil oleh Israel pada tahun 1967 semasa perang 6 hari. Tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh US. Kesemua anak kapal yang terbunuh dikategorikan sebagai 'killed by friendly fire..!"

Lakonan-lakonan seperti ini adalah lumrah untuk mengabui masyarakat antarabangsa. Ingat ini adalah perang persepsi dan nyawa warga tidak punya apa-apa nilai dalam perang persepsi yang menjadi peluru penting dalam menyuburkan propaganda.

Dalam konteks yang sama, lebih 4,000 orang yang terkorban dalam tragedi serangan September 11 (9/11) juga adalah bidak-bidak yang tidak berharga untuk membentuk persepsi awam. Dengan ini mudahlah Amerika mendapat dokongan rakyat nya untuk melancarkan serangan ke atas Afghanistan.

Bahkan jauh sebelum itu dalam perang dunia ke dua. Inteligence US sudah mengetahui tentang armada Jepun yang sedang menuju Peral Harbour. Ia tidak sepatutnya menjadi 'a surprise attack'. Menurut satu laporan yang 'declassified' (didedahkan), coast guard sudah mengesan kapal selam midget Jepun dan berjaya menenggelamkan. Bahkan mereka sudah mengetahui serangan yang bakal berlaku di Pearl Harbour. Tetapi serangan itu diperlukan untuk Amerika menyertai Perang Dunia Kedua dengan mengistiharkan perang ke atas Jepun. Persepsi perlu dibentuk supaya publik memberi sokongan padu kepada 'war effort' kerajaan US. Seramai 2,000 warga Amerika terbunuh pada pagi 7 Disember itu diperlukan untuk membentuk persepsi awam. Mereka adalah bidak-bidak yang tidak berharga, sebagaimana 296 orang awam yang terbunuh di dalam penerbangan Iran 655, yang perlu dikorbankan untuk membentuk persepsi.

- Pengerusi Aqsa Syarif
dari FB Aqsa Syarif

No comments: